Saturday, November 7, 2009

Meniti Debaran Zaman


BAB 20

MELETAKKAN TANGGUNGJAWAB KEPADA ORANG YANG LEMAH ADALAH DI ANTARA TANDA-TANDA KIAMAT
          Hadis Rasulullah s.a.w.berbunyi : "Apabila pentadbiran diserahkan kepada orang yang tidak berkebolehan dan tidak layak serta lemah, maka tunggulah Kiamat."

(Bukhari, Jilid 1, ms 14)
          Dengan inilah Rasulullah s.a.w. bersabda : "Aku takut 6 perkara mengenai kamu :
          1. Orang yang bodoh akan menjadi pemimpin;
          2. Pertumpahan darah yang tidak adil;
          3. Jualan yang tidak dibenarkan;
          4. Qat'i rahmi (yakni berkurangannya layanan baik terhadap kaum kerabat);
          5. Kamu akan menjadikan Al Quran itu sebagai buku nyanyian (lantaran munculnya tape recorder, maka perakaman lagu-lagu Al Quran menjadi halwa telinga ketika rintang waktu. Penghormatan dan ta'zim terhadap Al Quran telah hilang. Tatkala bacaan Al Quran dipasang, perbualanpun bermula di dalam majlis dan di dalam kereta. Ini merupakan suatu perbuatan tidak hormat); dan
          6. Meningkatnya pertaruhan.
(Tibrani)
          Semua keenam-enam perkara ini telah muncul sekarang ini. Tampuk kuasa berada di tangan orang-orang yang tidak berkebolehan dan lemah. Samada ia merupakan suatu institusi, kampung, bandar, wilayah atau negeri, apabila mereka membuat sesuatu keputusan yang salah, palsu ataupun membuat keputusan setelah menerima rasuah, maka penuntut-penuntut sebenar dan juga pendakwa-pendakwa akan hasut-menghasut lalu terjadilah perkelahian dan darahpun mengalir.
          Kuasa yang ada, digunakan untuk memudahkan dan mengenakannya ke atas penentang-penentang mereka di atas alasan-alasan yang palsu kerena menderhaka, menghulurkan kepala mereka ke tiang gantung.
          Orang ramai tidak lagi menyempurnakan hak saudaranya yang sedarah sedaging, sedangkan ibubapa dianggap sebagai hamba dan orang suruhan, apatah lagi untuk menyempurnakan hak kaum kerabat? Sebabnya ialah, makanan yang diperolehi itu didapati menerusi cara yang haram dan urusan muamalat (jualbeli) tidak langsung mengambil kira halal dan haramnya. Dengan sebab itulah Rasulullah s.a.w.  memberitahu bahawa riba, atau bahang riba yang sedemikian akan mendatangkan akibatnya kepada manusia.
          Apabila makanan haram memasuki perut maka tidak adalah lagi penghormatan dan ta'zimnya kepada Al Quran, kitab yang tulin dan agung lalu menganggapinya hanyalah untuk digunakan sebagai hiburan semata. Mereka akan memainkan rakamannya untuk bersuka-suka. Perasaan dan keinginan untuk amalan jauh sama sekali.
          Dalam perkataan yang biasa mereka akan bertaruh di dalam segala hal, dalam hal sukan dan permainan, bertambah samada kalah atau menang sesuatu permainan. Pertaruhan bagi kedua-duanya samada menang atau kalah adalah haram.
(Bersambung...)

    

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...