Bab 22
HARAPKAN PAGAR, PAGAR MAKAN PADI - PENGAWAL YANG TIDAK AMANAH DAN BERSIKAP PENYAMUN.
Bacalah lagi berkali-kali akan Hadis yang di atas. Rasulullah s.a.w. bersabda : 'Akan terjadi peperangan dan perbalahan yang memusnahkan umat ini sesama sendiri."
Sambil menggunakan pedang, tombak dan lain-lain senjata yang direka mengikut zaman seperti pistol, senapang revolver, machine gun dan sebagainya, mereka akan membunuh sesama sendiri.Para pengawal akan menjadi perompak. Harta kekayaan dunia akan datang lalu menjadi fitnah yang merosakkan keimanan dan agama. Keuntungan dunia memang ada tetapi ia tidak diharuskan dan haram. Tandatangan anda akan diambil dengan secara rayuan.
Pedang telah dihunus oleh umat ini di dalam peperangan Jamal dan Siffin, dan tidak lagi aakn tersarung semula sehinggalah datangnya Kiamat. Tamatnya perbezaan di antara sempadan halal dan haram. Harta kekayaan(wang ringgit) mula dikejar siang dan malam. Disebabkan harta mereka akan bergaduh dan berkelahi sehinggalah di bawa ke mahkamah dengan menjual keimanan mereka untuk memperolehi harta.
Mereka yang menjawat kedudukan sebagai amir, pemerintah, ketua bagi masyarakat dan negara dan juga pihak-pihak berkuasa kampung dan bandar serta daerah akan berkeadaan buta, pekak dan bisu, kesetiaan kepada parti dan kumpulan dianggap mereka sebagai penting dan tersangat perlu tetapi anehnya tidak mahu taat kepada kebenaran dan tuntutan yang berhak.
Akan terjadi kerugian kepada masyarakat, negeri dan negara serta orang perseorangan juga akan kehilangan imannya tetapi tidak seorangpun yang mengambil endah tentangnya. Kini kita sedang mengharungi zaman yang tersangat gawat ini. Perkara-perkara yang di atas sangat merosakkan iman dan ia terus meningkat dari sehari ke sehari siang dan malam....semoga kita dilindungi oleh Allah.
(Bersambung...)
No comments:
Post a Comment