Friday, November 20, 2009

Meniti Debaran Zaman

BAB 26
AKAN WUJUD PEMEGANG KEPERCAYAAN DAN PEMIKIRAN BARU
          Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r. 'anhu bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda : "Pada akhir zaman akan lahir ramai para penipu dan pendusta. Mereka akan mengutarakan kepadamu banyak perkara baru (pemikiran-pemikiran baru) yang mana belum pernah didengari olehmu atau orang-orang sebelum kamu. Maka jauhilah orang-orang yang sedemikian. Selamatkanlah diri kamu daripada mereka agar mereka tidak menyesati kamu dan mencampakkan kamu ke dalam tipu daya.
(Muslim)
        
 Mulla Ali Qari r. alaihi telah menulis bahawa orang yang sedemikian akan mempengaruhi orang ramai kepada parti dan institusi mereka dengan cara menerbitkan idea-idea (gagasan fikiran) palsu, cara-cara baru, kepercayaan yang seolah-olah mulia dan palsu, undang-undang palsu, diri mereka sendiri melakukan dosa. Mereka juga aakn menyesati orang ramai. Tetapi sebenarnya mereka sesat dan pendusta yang jikalaulah hukum dan kepercayaan-kepercayaan ini telah diasaskan melalui Al Quran dan Hadis maka sudah tentulah orang-orang yang terdahulu juga akan mengutarakan kepercayaan-kepercayaan ini. Tetapi merekapun tidak berbuat demikian.
         Maka pelaku dan pendakwa utama demokrasi pada hari ini dan juga pengikut-pengikut butanya cuba membuktikan bahawa demokrasi itu adalah bersumberkan Al Quran dan Hadis. Semoga kita dilindungi Allah! Pengajaran Islam mengenai kebebasan, persamaan dan pengagihan harta adalah beribu-ribu kali lebih baik daripada demokrasi, sosialisme dan komunisme yang ada sekarang. Maka jauhilah daripada menyertai pelaku-pelaku kepercayaan dan pemikiran ini.
(Bersambung...)

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...