Saturday, October 23, 2010

Tuanya Seorang Aku...?

AKU terasa tua bila budak-budak memanggil aku dengan panggilan pakcik, terasa benar aku dah tua sangat. Tapi aku terasa muda balik bila aku berdamping dengan orang yang lebih tua dengan aku, bila aku memanggil mereka dengan panggilan pakcik. Jadi, tuanya kita bergantung dengan siapa kita berdamping, jika dengan kanak-kanak dan orang muda pasti kita akan digelar dengan panggilan pakcik dan jika kita berdamping dengan orang yang berumur dengan kita, akan jadi muda baliklah kita.

Jadi, kalau nak cerita hal tua ini, semua orang tak suka sangat, bila dikata tua tak mengaku dan dibagi lagi alasan, ...tapi hati masih muda lagi... Dan macam-macamlah cara bagaimana seseorang itu hendak mengelak dirinya nampak tua dan dikatakan tua.

Sekarang ini, hampir semua manusia cuba untuk mengekalkan kemudaan mereka walaupun umur dah setengah abad tapi nak juga kelihatan muda. Ada yang buat pembedahan, ada yang pakai susuk, ada yang guna suntikan, ada yang makan jamu dan bermacam-macam lagi kaedah yang digunakan untuk mengekalkan kemudaan yang pasti menuju kearah ketuaan.

Kalau aku nak ceritapun tentang macamana nak kekalkan kemudaan yang ada ini, memang tak akan kekalpun apa yang kita miliki ini. Sebab, ia merupakan proses yang tetap dan pasti dilalui oleh semua manusia. Cuma manusia yang tak dapat menerima kenyataan yang dia dah tua menyebabkan dia berbuat begitu.

Perjalanan manusia dari alam bayi, seterusnya kanak-kanak, remaja, dewasa dan tua merupakan pentas untuk mematangkan diri, pemikiran, kehidupan dan perasaan seseorang indidvidu tersebut. Agar dia dapat merasai alam-alam yang berlainan dan memantapkan dirinya dalam menangani alam-alam yang berbeza. Bukan tujuannya untuk menunjukkan bahawa ia satu kemegahan atau tanda akan pengalaman hidup yang lama di dunia ini tapi sesuatu perkara yang perlu untuk kita memberi perhatian dan bersedia untuk bertukar alam iaitu alam yang kekal(akhirat).

Apabila berlakunya individu tertentu yang tidak dapat menerima kenyataan yang dia dah tua, ataupun mengekalkan diri ke alam yang sama yang sepatutnya perlu untuk bergerak ke alam yang lain menyebabkan berlakunya “ketidakmatangan dalam tindakan” seseorang itu apabila dia berada di alam yang tidak sepatutnya dia berada, dan semua tindakan yang dibuat akan mengundur ke belakang. Jadi, berlakulah krisis kesamaran dalam menempatkan diri di alam yang sebenarnya. Bukan kepada individu yang tua sahaja, malah yang muda juga berlaku bila kematangan mereka terlampau cepat sehingga mengugah keseragaman sosial manusia sekitarnya.Perumpamaan yang hampir kepada perkara ini, bila berlakunya kelahiran bayi yang tidak cukup bulan boleh menyebabkan ketidaksempurnaan kepada anggota-anggota bayi tersebut.

Aku rasa setakat ini, aku masih dalam pertengahan meniti di usia tua aku. Semakin jauh aku meninggalkan alam remaja, semakin sepi menghampiri perasaan ini. Aku rasa, aku berada di antara alam dewasa dan tua ataupun lebih banyak di alam dewasa sebenarnya. Aku rasa di alam inilah aku banyak menghadapi pelbagai cabaran tentang kehidupan yang semakin rumit dan mencabar kesabaran aku. Di alam inilah aku perlu untuk menentukan maksud sebenarnya, apa yang perlu untuk aku buat dan pegang untuk aku menjalani masa di usia tua nanti. Jika tidak, berlakulah sindrom cinta dunia dan takut mati kerana merasakan diri tak hendak untuk berada di alam yang sepatutnya aku berada iaitu alam tua.(itupun jika Allah memanjangkan umur aku sehingga ke alam yang jarang untuk kita mencapainya).

Jika kita renung keadaan dunia sekarang inipun, dah dikatakan menjangkaui usia yang boleh dikatakan sudah tua dan hanya menunggu tiupan sangkakala untuk menutup tirai dunia ini. Tapi disebabkan kebolehan manusia yang “mendandan” dunia yang semakin tua ini dengan baik, aku dan kita semua terasa kita di alam dunia yang masih remaja dan tidak ternampak ketuaan dunia dengan adanya pembangunan yang dijelmakan oleh manusia-manusia yang ingin terasa benar nak hidup selama-lamanya di dunia ini.

Alam tua ini aku rasakan untuk memberitahu akan kita, betapa kurangnya lagi usia yang Allah peruntukkan untuk kita gunakan di dunia ini. Cuma adakah kita terasa yang nyawa kita semakin kurang dan mungkin jua disebabkan angka(umur) yang dimiliki oleh kita semua semakin membesar dan sangkaan kita bahawa kelanjutan untuk kita hidup seakan berkekalan.

Dan untuk kita lebih kekal dalam keadaan yang kita sukai, masuklah ke alam akhirat(perlu membawa bekalan yang cukup, yang hanya diterima oleh Allah), di situlah nanti keinginan kita akan disempurnakan Allah s.w.t. Di alam itulah nanti kita tidak akan tua-tua dan sentiasa muda-muda dan bertambah kacak dan cantik....




2 comments:

  1. Suatu nukilan yang baik, terima-kasih. Sebagaimana sebaliknya iaitu lazimnya remaja yang merokok, mengharap dia telah kelihatan dewasa atas tindakannya merokok.

    Sebegitulah telah dipesan, untuk dunia kita lihat mereka yang lebih miskin dari kita agar kita mensyukuri apa yang ada manakala untuk akhirat, kita lihat mereka yang jauh lebih hebat amal-solehannya serta tinggi darjatnya disisi Allah agar kita pun nak jadi seperti mereka.

    Dan kerana itu, bila kita bergaul dengan orang tua yang mengajak kepada Allah, kita pun samada sedar atau tidak, akan seperti mereka. Atau bila bergaul dengan remaja yang sentiasa cuba beramal-soleh, kita pun terkesan dengan tindakannya. Suasana hidup sekitar kadang-kadang yang mencorakkan apa hajat alam kita.

    ReplyDelete
  2. zarch,
    terima kasih kembali..cuma penantian di alam akhirat yang belum diketahui..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...