SUDAHPUN bulan Oktober sekarang, tinggal dua bulan lagi untuk aku berada dalam tahun 2012. Tahun depan sudah 2013 dan banyak cerita-cerita yang aku dengar tentang tahun 2012. Ada yang mengatakan tahun 2012 banyak kejutan yang akan timbul termasuklah bab Kiamat dan kedatangan Imam Mahadi.
Ada Al-Quran dan Hadis memperkatakan hal-hal ini, namun tidak ada penetapan tarikh yang tertentu yang diberikan. Cuma Rasulullah s.a.w. menyatakan tentang tanda-tanda dekatnya Kiamat dan kedatangan Imam Mahadi. Bab tarikh tidak langsung disebut oleh Rasulullah s.a.w.
Kadang-kadang cerita yang digambarkan oleh si pencerita tentang perkara begitu signifikan sekali sehingga segenap dunia terasa akan kewujudannya. Kadang-kadang aku berminat juga mendengar cerita sebegini kerana begitu misteri dan mendebarkan akan kehadirannya.
Namun, sejak akhir-akhir ini cerita tentang kehadiran Kiamat dan kedatangan Imam Mahadi semakin kerap diceritakan oleh pelbagai golongan dan agamawan. Aku, kadang-kadang teruja juga dengan penceritaan mereka tentang perkara ini dengan mengaitkan dengan orang sebelah timur akan diangkat menjadi Imam Mahadi untuk memimpin manusia di akhir zaman nanti.
Terfikir juga aku, adakah aku dan kita semua nanti akan memihak kepada golongan Imam Mahadi? Dengan amalan kita yang cukup-cukup makan serta keyakinan(Iman) yang masih nipis dan sering goyah oleh kehebatan dunia ini, mampukah untuk kita berada pada zaman itu? Sebab pelbagai dugaan dan cabaran yang amat kritikal terhadapiman kita.
Aku dengar pada zaman itu tiada lagi "taskilan" ke arah 1 tahun, 7 bulan, 4 bulan, 40 hari dan 3 hari untuk berjuang di jalan Allah s.w.t., taskilan hanya diminta untuk bagi nyawa! Hebatkan, sekarang ini, kita hanya ditaskil untuk 4 bulan, 40 hari dan 3 haripun masih terkial-kial untuk sempurnakan takaza tersebut. Ini taskil nyawa.
Aku rasa, zaman itu belum tiba lagi dan pasti akan tiba tidak lama lagi dan aku harap jiwa kita ini telah disediakan ke arah itu.
Kita sebenarnya telah disediakan ke arah itu dengan tertib-tertib yang ada sekarang iaitu "kerja makami" bila kita menjadi golongan Ansar dan "kerja baironi" bila kita menjadi golongan Muhajirin. Kita akan menjadi dua golongan ini sahaja Ansar dan Muhajirin. Iaitu dua golongan para sahabat yang telah sambut takaza untuk penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w.
Golongan yang hijrah adalah golongan Muhajirin dan golongan yang nusrah adalah Ansar. Penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w. berserta dengan golongan Muhajirin ke Madinah telah disambut oleh golongan Ansar atas maksud agama. Apabila terjadinya "hijrah dan nusrah' antara orang Islam, barulah bantuan Allah s.w.t. akan turun dalam membantu agama Islam. Jika tiadanya hijrah ataupun nusrah, pasti bantuan dari Allah agak lambat turun dan tiada bantuan dari Allah s.w.t.
Para sahabat Muhajirin dan Ansar telah tunjukkan akan keberkesanan kaedah ini, sehinggakan Madinah telah menjadi sebuah negara kota yang berjaya di dunia dan akhirat, malahan ditakuti oleh golongan yang lain.
Corak kerja telah ditunjukkan oleh para sahabat r. 'anhum iaitu bagaimana untuk menjadikan individu, keluarga, masyarakat, kampung, bandar, negeri dan negara yang berjaya dari sudut Imaniat, Ibadat, Muamalat, Muasyarat dan Akhlak.
Kita bagaimana? Imam Hanafi mengatakan, jika ingin membaiki keadaan umat yang ada sekarang, pandang ke belakang iaitu tiru sebagaimana para sahabat r. 'anhum.

No comments:
Post a Comment