Jadi, bab budi bahasa semakin tidak ditekankan dalam konteks kehidupan kita sekarang ini, yang aku nak bincangkan adalah persekitaran kita yang makin lesu dan lelah dengan budi bahasa yang tak diendahkan kewujudannya. Kalau dalam Islam ia merupakan cabang syariat yang dituntut dalam kehidupan kita agar kita menjadi manusia yang beradab dengan manusia lain. Ia disebut dengan nama muasyarat iaitu adab kemasyarakatan -cara orang Islam bertingkah laku di dalam bermasyarakat-
Jika kita lihat kelakuan orang-orang di sekitar kita sekarang ini, aku rasa semakin tak beradab, (yang aku nak tekankan ini orang-orang Islam) sebab Islam mengajar kita untuk menghargai dan menghormati orang lain dengan sebaik-baiknya. Namun peranan kita hendak menonjolkan kehidupan Islam terbantut dengan kerenah-kerenah orang-orang Islam sendiri yang tak tahu untuk berbudi bahasa.
Sebab, cabang atau bidang ini bersangkutan dengan keharmonian, kecintaan, keamanan dan perpaduan yang menuntut kita untuk menjaga batas-batas yang ada dalam diri kita agar wujudnya ataupun menzahirkan suatu masyarakat Islam yang sihat.
Masyarakat Islam, amnya orang melayu lebih releven dengan Islam ataupun sinonim dengan Islam, sebut melayu bererti Islam dan disebut Islam berertinya melayu.(bagi melayu di Malaysia sahaja, tetapi adakah lagi releven?)
Jika disebut melayu, masyarakat yang sarat dengan budaya yang mementingkan budi bahasa, menghormati dan menekankan kepada kesantunan hati, namun sudah tiada lagi. Ia semakin lenyap dalam kamus kehidupan manusia yang bernama melayu(walaupun aku bukan melayu tapi aku Islam, sebab dalam konteks Malaysia, Islam ialah Melayu dan Melayu adalah Islam), ia semakin melayu.
Budi bahasa yang semakin jauh untuk diamalkan dan menjadi bahan sejarah ataupun kajian para sejarawan hanyalah sebagai kata-kata yang tiada isinya lagi. Kelenyapan sifat saling cinta-mencintai dan kasih sayang berfaktorkan kepada hilangnyan budi bahasa dikalangan kita(termasuk aku juga) yang mencintai budaya -budaya yang selain dari budaya kita(Islam).
Mengapa hati-hati kita yang lembut ini(orang-orang melayu) mudah terangsang dengan tingkahlaku yang tak sepatutnya dimiliki oleh kita lalu diamalkan dalam kehidupan. Mengapa mesti kita mengubah budaya kita yang indah dan berseni yang selari dengan Islam untuk kita mencontohi selain dari ini.
Jelas bagi kita bahawa budi bahasa yang begitu cantik dan menawan amat penting untuk kita melangsungkan kehidupan kita agar boleh dijadikan acuan yang bermutu untuk dijadikan ikutan generasi yang akan datang dan kepupusan budaya yang indah ini akan memberi impak yang besar kepada masyarakat dan dunia umumnya. Kerana, harta, pangkat dan kuasa tidak dapat melahirkan generasi yang bermutu tanpa dipayungi oleh nilai-nilai yang berkonsepkan akhirat. Jadi, apa nak jadi...apa nak jadi..sampai sekarang tak jadi-jadi...nak jadi apa pulak?
Cubalah renung pantun di bawah ini, yang digunapakai oleh generasi terdahulu untuk menggambarkan kemuliaan orang yang berpaksikan budi bahasa yang luhur;
Pakaian anak Panglima Garang
Emas dan perak pengaruh dunia
Budi yang baik dijunjung orang
Air laut tenang-tenangan
Budi sedikit tidakkan hilang
Itu menjadi kenang-kenangan
Mari kita bertanam padi
Biarlah orang bertanam musuh
Marilah kita bertanam budi
bak kata pepatah, 'di mana bumi dipijak di situ ghast ditegakkan'.
ReplyDeletep/s: anta duduk di limbang ke? ada member orang limbang
ana duduk di kepong ni, dulu keja kat limbang dan keluarga masih kat limbang, jadi terpaksalah buat PJJ(Perkahwinan Jarak Jauh)
ReplyDelete