Mungkin semua orang pernah bercinta(termasuk aku juga) dalam hidupnya. Namun adakah cinta itu sentiasa segar sejak kita bercinta dengan orang yang kita cintai. Segar maksudnya sentiasa mekar dengan kata-kata sayang, rindu dan juga sentiasa terbayang orang yang kita cintai. Ataupun sentiasa mengelamun mengenangkan seseorang yang kita cintai.
Maksud cinta yang nak aku terangkan, mungkin macam ni...ukuran asas pengalaman manusia yang memberikan antaranya, perasaan kasih sayang, tarikan, asas kemesraan dan keserasian antara seseorang, rela berkorban untuk orang lain, perasaan tertarik dan hubungan kepada alam, benda hidup ataupun makhluk lain. Dan ia dapat ditunjukkan atau dizahirkan melalui perasaan, emosi, kelakuan, pemikiran, persepsi dan sikap. Ia mempengaruhi, mendasari dan menentukan pola utama hubungan seseorang dan pengenalan diri.
Dan kita, sebagai manusia sering menginginkan cinta. Dalam cinta ada suatu ketulusan perasaan yang membuat manusia yang merasainya gembira, sedih, rasa keyakinan, rasa dimiliki dan sebagainya.
Dalam cinta biasanya tersimpan seribu macam perasaan yang amat sukar digambarkan, bermula dengan rasa suka, hati berdetak, mulut tersenyum tanpa bicara, muka bertambah seri, dan akhirnya cinta itu menjadi milik kita. Kata pujangga, ia amat mudah untuk dilafazkan, tetapi amat mudah juga dilupakan dan cinta yang sejati lahir dari hati yang tulus.
Dan jika kita lihat, biasanyalah, hati sentiasa menjadi lambang kepada cinta. Apa kaitannya hati dan cinta? Kata orang...cinta itu tersimpan di hati bukannya pada harta, pangkat, wajah yang cantik/kacak dan mungkin juga kuasa. Kata pujangga juga, ...orang yang bercinta tidak akan bercuti, macamana ya?
Juga ada perbandingan yang melampau (hyperbola) terhadap orang yang bercinta ni, contohnya....mandi tak basah walaupun badan dah kena air...makan tak kenyang walaupun dah makan dan banyak lagi ciptaan dan luahan yang tercipta kerana termabuk dengan cairan cinta ni.
Dan sekarang ini, semua orang sedang, mencari dan dicari oleh cinta, samada cinta yang bermusim, cinta berkala, cinta palsu, cinta harta, cinta kuasa, cinta pangkat, cinta suci dan banyak lagi cinta, aku boleh kategorikan sebagai cinta pada dunia ataupun cinta pada mahkluk, sebab yang kita cintai semuanya makhluk ciptaan Allah s.w.t. Eemm..aku pernah terbaca blog seseorang..cantik juga maknanya..iaitu sharing is caring and caring is loving..(aku tafsirkan ia sebagai poligami)
Dan, yang aku nak beritahu adalah bercinta itu baik jika mendatang manafaat untuk kita dunia dan akhirat(macam kisah Qais Ameeri dan Laila...) dan yang tak baiknya, macam yang kita selalu tengok dan baca kat televisyen dan suratkhabar tu..macam-macam berita yang boleh untuk melakukan suratkhabar kat Malaysia.
Jadi, aku dan kita semua digalakkan untuk bercinta selagi ada perasaan cinta yang masih belum diberikan kepada seseorang, dan juga tak dapat nak aku sangkalkan bahawa cinta itu buta dan membutakan, memabukkan orang yang sedang bercinta walaupun tak minum air yang memabukkan namun lebih parah dari orang yang minum arak. Cubalah merasai alam cinta, kerana ia boleh melenakan kita dalam sedar , melupakan diri kita dalam jasad, mengaburkan mata yang tak kabur, memaniskan kesusahan yang pahit dan apa lagi..mengadakan yang mustahil(..ingat tak cerita Puteri Gunung Ledang, ia mitos semata-mata tapi penuh dengan sindiran...) ia menghilangkan kewarasan atas orang yang waras.
Namun, mencintai yang selain dari Allah s.w.t. akan mengalami kehilangan, kekecewaan, kebimbangan dan akan ditinggalkan ataupun meninggalkan...cinta yang menyeronokkan adalah cinta kepada Pencipta yang mencipta cinta itu sendiri...adakah aku sedang mencintai atau dicintai oleh Pencipta aku?
Ismadi C I N T A - P Y A R _ M O H A B B A T -
ReplyDeleteW O A I N I. Terlalu Indah dan Menyakitkan, Tua muda kan merasainya. INDAH KALAU BETUL. MENYAKITKAN KALAU TAK BETUL
nak juga bercinta lagi, cikgu, cikgu nak tak?
ReplyDeleteNakla
ReplyDelete1. Cinta pada Allah dan rasul
2. Dengan orang, kalau orang mahule hehehe
cinta dunia, takut mati - itu lah penyakit yg payah kalau dah berakar dlm hati. Mudah-mudahan kita dijauhkan
ReplyDeletecikgu musa;
ReplyDeletekita serupa...
ziarah76;
kena korban lagi dan lagi.
salam,laporan terbaru student UMT shahid di sabah ada di blog sy...
ReplyDelete