Saturday, June 26, 2010

Cerita Tentang Poligami (Bahagian Keenam)

AKU tak pasti sangat macamana cara yang sesuai untuk memujuk para wanita membenarkan para suaminya berkahwin lebih(Jika menggunakan kepala otak dan nafsu sendiri sememangnya tak memberi kejayaan dan berkat, namun pendekatan yang sesuai untuk wanita menginginkan poligami  ini hanya dengan kefahaman agama yang mendalam dan ketinggian cinta yang tinggi terhadap Allah dan rasul-Nya). Seperti yang kita ketahui, wanita-wanita amat tak suka jika kita bercerita tentang kahwin lebih ni, macam suatu yang tak baik bagi mereka.(ada suatu kelab tu, kelab poligamilah...dia punya motto ...suami bukan untuk dimiliki tapi untuk dikongsi..ia merupakan kelab wanita-wanita yang pro poligami). Jadi, yang aku nak bincangkan dan nak fikirkan kewajaran untuk para suami ni boleh kahwin lebih dengan alasan yang  munasabah untuk para wanita fikirkan.

Kewajaran untuk pihak lelaki kahwin lebih hanya dari sudut bilangan wanita yang semakin ramai, dan sememangnya lelaki semakin pupus kat dunia ni. Rasulullah s.a.w. juga telah bersabda lebih kurangnya, di akhir zaman nanti, wanita akan melebihi lelaki dari segi bilangannya. Dan ini telah terjadi di zaman kita ni, menunjukkan kita sekarang ni di hujung zaman dah nak hampir lagi dengan kiamat. Pada zaman nabi dulu, nabi ada bersabda bahawa masa untuk kiamatnya dunia ini umpama dua jari sambil nabi menunjuk dua jari baginda yang dicantum, kepada sahabat-sahabat.

Jadi sekarang kita lihat, wanita-wanita telah mengatasi kaum lelaki, dek disebabkan lelaki yang semakin berkurangan, maka di barat terciptalah pelbagai kehidupan yang melemaskan iman dan amal, contohnya perkahwinan sejenis, iaitu wanita boleh berkahwin dengan wanita dan juga begitulah lelakipun sama (lesbian dan gay). Dan sekarang di negara kitapun dah terikut-ikut dengan gejala songsang ini(sebenarnya gejala ini dah ada di zaman Nabi Luth, dan Allah telah turunkan bala ke atas kaum nabi Luth ini disebabkan gejala songsang yang diamalkan oleh mereka). Dan juga, golongan ini telah tidak mengikhtirafkan perkahwinan sebagai satu institusi yang boleh memertabatkan kehidupan manusia, malah mnganggap ia sebagai membebankan dan tak perlu untuk berkahwin, dan kehidupan bebaslah yang dipilih kerana ia mudah(seperti touch n go ataupun everybody can do it! Sebab dah rendah nilainya).

Untuk mengelak gejala-gejala yang semakin menghimpit manusia sekarang ni, marilah kita sama-sama fikirkan...nak fikirkan masalah wanita-wanita yang ramai ni dan juga masalah lelaki-lelaki yang semakin berkurangan “kejantanannya”(maksud jantan ni, lelaki dah takut dengan bininya, jantan memanglah jantan, tapi bab nak kahwin lebih dari satu tak berani nak beritahu isteri.Nak kahwinpun sembunyi-sembunyi).

Yang kerap terjadi sekarang, terlahirnya anak-anak yang tiada berbapa dengan yang sah.(lahir juga dari rahim seorang wanita tapi tak diikhtiraf oleh agama). Ini disebabkan oleh lelaki yang gatal,(mungkin juga sama-sama kena garu) termasuklah yang dah bergelar seorang bapa ataupun ayah, terpaksalah mereka ini meluahkan kasih sayang secara tidak bermaruah sebab tak dibenarkan kahwin lebih ataupun yang masih belum berkahwin tak mampu nak “menenderkan” diri kerana tawaran tender yang tak dapat dijangkaui oleh pemberi tender(ibubapalah yang punyai kerja).

Gejala-gejala yang terbentuk bila berlakunya ikatan yang tidak sah antara wanita dan lelaki sepertilah di atas itu.

Jika diselidiki dengan halus, kebanyakan masyarakat Islam sebenarnya masih tak dapat untuk menerima perintah poligami ini, ia seolah-olah suatu perintah yang tidak adil, terutamanya terhadap pihak wanita. Sesuatu yang menindas perasaan di pihak wanita, sehingga ada yang sanggup meminta cerai dari dimadu. Yang bermadupun akan meminta pelbagai habuan yang tidak munasabah apabila berlakunya poligami ini.

Kadang-kadang kita harus mempersoalkan apa sebab para lelaki ini ingin untuk berkahwin lebih dari satu? Mengapa? Adakah ingin suka-suka? Ataupun nak menunjukkkan kejantanan lelaki itu? Jika nak tanya kepada setiap lelaki yang ada di muka bumi inipun, nak kahwin lagi tak? Pasti bibirnya terukir dengan senyuman yang cukup mendalam dengan pandangan yang begitu tajam...kalau nak cuba, cuba tanya para lelaki tentang nak kahwin lagi(...senangnya dalam hati, kalau beristeri dua, seperti dunia hai ana yang punya..aku ambik lirik lagu dari filem madu tiga arahan Allahyarham Tan Sri P. Ramlee, tapi itulah realiti sebagai seorang lelaki).

Ia sukar untuk pihak wanita fahami, mengapa lelaki ingin lebih dari satu? Yang ingin aku nak fahamkan tentang lelaki di mata para wanita ini, adalah perlunya bagi lelaki untuk berpoligami iaitu memiliki wanita secara yang dituntut oleh agama. Dan kita telah mengetahui tentang lelaki yang memiliki wanita secara yang tidak dituntut oleh agama(namun kurang diperdebatkan kerana ia bertentangan dengan agama, jika ia dituntut oleh agama ia akan ditentang habis-habisan, mengapa?)

Dalam agama sudah menggalakkan pihak lelaki untuk mengahwini lebih dari satu (sehingga empat orang) bagi yang mampu, yang tak mampu cukup baginya seorang. Jadi, aku mungkin  juga nak ceritakan tentang lelaki yang mampu ini, adakah mampu dari segi hartanya, adakah boleh untuk memberi kereta, rumah, cukup belanja makan, pakaian dan semuanya serba lengkap, adakah kemampuan begitu? Kena tanyalah pulak sang wanita semua, adakah itu yang mereka kehendaki? Adakah semua benda itu memberi kebahagiaan, ketenangan, kegembiraan dan kesejahteraan bagi setiap wanita?

Ada juga wanita-wanita ini diberi kemewahan yang ada, tapi masih tak dapat juga untuk mempertahankan kekukuhan rumahtangga mereka, mengapa masih tak puas dikalangan mereka? Apakah sebenarnya yang ingin dimiliki oleh para wanita ini? Itu bagi lelaki yang mampu untuk memberi segala kemewahan yang ada tapi tak dapat juga memberi ketenagan di hati para wanita.

Alasan yang biasa aku dengar, mereka tak nak berkongsi perasaan cinta...lelaki untuk seorang wanita...(mungkin juga satu kesempitan ruang untuk berfikir menjadikan para wanita gagal untuk menerima kewajaran yang ditentukan oleh Allah swt)

Itu dari segi kemampuan harta, bagaimana dengan kekuatan batin lelaki, adakah pihak lelaki mampu untuk memberi kepuasan batiniah kepada wanita? Bila cakap pasal ni, tersenyum lelaki semuanya.(banyak orang memperkatakan poligami ini lebih kepada dorongan atau kehendak nafsu seks...adakah berkahwin lebih ini semata-mata untuk itu? mungkin ada benarnya dan mungkin tidak!). Aku syorkan bagi lelaki yang sihat dan jantan betul-betul, Insya-Allah berkemampuan untuk memberi kepuasan dari sudut batiniah, dan kadang-kadang wanita tak perlupun dengan kekuatan batianiah ini(bagi wanita yang betul-betul faham erti poligami ini). Apa sebenarnya kemampuan yang harus dimiliki oleh para lelaki yang ingin untuk berpoligami ini?

Yang biasanya aku dengar, perlu ada harta, kemampuan batiniah, pangkat, kuasa, kecantikan/kekacakan, keturunan dan berjenis-jenis lagi benda-benda yang bersangkutan dengan dunia ini, tapi perkara ini juga yang menghancurkan sistem rumahtangga  di muka bumi ini.

Bertitik-tolak dari sinilah, keunggulan agama diperlukan dalam menangani permasalahan yang berlaku...maksudnya bila dua-dua pasangan cukup dan kental agamanya, permasalahan tentang poligami tidak akan diungkit dan diperkatakan(mungkin ada isteri-isteri terasa) kerana apa yang terjadi adalah ketentuan Allah swt...jadi...agama memainkan peranan yang penting dalam aspek keseluruhan kehidupan manusia lelaki ataupun wanita, dari hujung kuku hingga ke hujung rambut, dari kita bangun tidur hingga kita tidur balik...dan salah satu kepada penyelesaian poligami ini adalah agama yang utuh perlu ada dalam diri lelaki dan wanita itu.

Dan akhirnya, bagi yang berminat dibolehkan untuk berpoligami tapi agama amat diperlukan dalam melayari perkahwinan yang luar biasa ini, dan aku pula hanyalah salah seorang lelaki dikalangan mereka yang berkeinginan juga, cuma menunggu ketentuan dari Allah swt....

5 comments:

  1. saya mempunyai seorang suami yang ingin berpoligami disebabkan dia pernah terlanjur dengan wanita lain sebelum berkahwin dengan saya..tapi saya tidak dapat menerima poligami namun tidak bermaksud saya mengharamkan poligami cuma saya tidak mahu hidip berpoligami

    ReplyDelete
  2. anonymous;
    semua wanita tak nak berkongsi...cuma wanita yang sanggup berkongsi mempunyai keistimewaannya tersendiri di akhirat kelak..

    ReplyDelete
  3. poligami itu umpama ubat bukan suplimen.boleh ambil jika benar2 perlu shj.jika tak sakit kenapa nak makan ubat?

    ReplyDelete
  4. Poligami... Fikirkan secara berbeza... Serlahkan keistimewaannya kepada para isteri... Isteri yg sesuai utk suaminya... Itu yg penting. Utamakan pilihan isteri ...

    ReplyDelete
  5. Setiap perkataan manusia hendaklah berlandasan al quran dan sunnah. SEKIRANYA PERKATAAN MANUSIA .MENGIKUT HAWA NAFSU MAKA IANYA MENJADI PERKATAAN DUST TERHADAP A ALLAH SWT DAN RASUL...NERAKA JAHANAM KEKAL TEMPATNYA..Maka berhati hati lah dgn ucapan maupun penulisan yg diberikan utk tatap seluruh umat manusia

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...