SETIAP naluri seseorang inginkan kejayaan dalam kehidupannya, seorang ayah inginkan anaknya berjaya dalam lapangan yang diminatinya, cikgu-cikgu inginkan anak-anak muridnya berjaya dalam pelajaran sehingga mereka ke menara gading, begitu juga dengan seorang peladang, dia ingin berjaya sebagai peladang yang menghasilkan perladangan yang maju, nelayanpun ingin berjaya dengan mendapat hasil yang banyak setiap hari dari lautan, dan seorang pelajarpun nak berjaya juga dengan memikirkan bahawa sijil yang diperolehi boleh untuk digunakan sebagai jaminan untuk mendapat kerja yang baik. Seorang lelaki yang ingin memperolehi seorang gadis yang dicintai dan ingin memperolehinya, itu merupakan kejayaan baginya kerana memperolehi gadis tersebut. Keseluruhannya semua orang nak berjaya dalam bidang yang mereka ceburi, hatta orang yang buat jahatpun berkeinginan berjaya dalam tindakan mereka walaupun mereka tahu apa yang mereka buat salah tapi tafsiran untuk mereka, itupun satu kejayaan dalam kategori mereka.
Jadi, jika kita lihat setiap kejayaan yang dicapai pasti seseorang itu memperolehi apa yang diingini dan dihajatinya barulah ia dianggap sebagai kejayaan dan sekiranya apa yang dihajati dan diingini tidak diperolehi ia satu kegagalan bagi seseorang itu. Kejayaan itu bermakna kita memperolehi sesuatu yang diingini dan dihajati digenggam oleh kita, bermakna berjayalah kita.
Kejayaan kita tidak kita fokuskan dari satu bidang sahaja tapi pelbagai bidang samada yang menguntungkan atau yang tidak menguntungkan. Kadang-kadang kejayaan yang ingin dicapai oleh seseorang itu mungkin berbentuk kepuasan dan kegembiraan.
Takrif untuk kita memahami kejayaan ini begitu subjektif dan kadang-kadang tidak dapat dizahirkan melalui kebendaan.
Biasanya untuk memperolehi kejayaan dalam kehidupan seseorang dalam bidang yang diminati, pengorbanan dari segi diri, masa dan harta amatlah dituntut untuk mencapai yang dihajati. Tanpa pengorbanan yang dibuat tak tertegaklah kejayaan tersebut.
*********
Jika kita renung kejayaan yang dicapai dan dikecapi oleh mereka-mereka tadi, adakah ia kejayaan yang berkekalan. Kebanyakkan kejayaan yang diperolehi berdasarkan bidang yang diceburi oleh satu-satu individu hanyalah terhad dalam wilayah mereka sendiri, masa yang tertentu dan hanyalah terpakai di dunia ini sahaja. Adakah itu boleh dianggap sebagai kejayaan, jika ia tidak berkekalan?
Para ulamak yang faham dalam kehidupan dunia dan akhirat menafsirkan semua bidang yang dikecapi oleh manusia samada ia dikecapi melalui kejayaan atau kegagalan, mereka menafsirkan bidang-bidang tersebut hanyalah ujian, bukannya penentuan kepada kejayaan dan kegagalan dalam kehidupan kita.
Pada zaman Nabi Muhammad s.a.w., baginda telah mendakwahkan orang Quraisy pada masa itu dengan perkataan; "...ucapkanlah Laailaahaillah pasti kamu akan berjaya.." kejayaan yang baginda lontarkan adalah dalam bentuk agama. Jelas kepada kita, baginda tak cakap pun kejayaan dalam harta, pangkat dan kuasa dan bidang-bidang yang ada sekarang ini seperti ekonomi, politik, sosial dan sebagainya. Namun kejayaan yang baginda war-warkan hanyalah dalam agama iaitu sejauh mana kita dapat mentaati perintah Allah dan Sunnah Nabi Muhammad s.a.w itualah kejayaan yang mutlak dunia dan akhirat.
Semua yang kita usahakan seperti perniagaan, perladangan, kekuasaan, pangkat dan banyak bidang-bidang yang kita ceburi yang boleh mendatangkan kejayaan bagi kita hanyalah ujian. Maksudnya, semua perkara-perkara sebegini hanyalah untuk menguji kita dalam hal keagamaan, adakah kita masih dapat mengekalkan perintah Allah dan Sunnah dalam adanya kita ada kekayaan, kekuasaan, kemiskinan, kesakitan, kesihatan, kesusahan, kesenangan dan banyak lagi. Jika kita berjaya mengekalkan agama dalam diri kita, itulah kejayaan dan jika sebaliknya itulah kegagalan.
*********
Disebabkan kesalahan fahaman tentang maksud kejayaan dan kegagalan, ramai antara kita telah kecewa, putus asa dan tak dapat menerima kenyataan. Allah jadikan semua karakter-karakter yang ada di muka bumi ini seperti karakter orang berpangkat, orang kaya, orang miskin, penyapu jalan, raja-raja, pembesar-pembesar, khadam-khadam, doktor-doktor, ahli sukan, usahawan, hartawan, jutawan, seorang suami, seorang lelaki, seorang ayah, seorang isteri, seorang ibu, seorang wanita, seorang anak dan banyak lagi hanyalah dicipta sebagai ujian.
Maksudnya, semua manusia boleh mengecapi kejayaan, iaitu hanya dalam agama, jika tidak, ketidakadilan akan berlaku ke atas sebahagian daripada manusia yang tidak beroleh kekayaan, pangkat dan kuasa serta yang cacatpun tidak akan merasai erti kejayaan jikalah kejayaan Allah letak dalam kebendaan semata-mata.(..bukan maksudnya kita tak boleh jadi kaya, berpangkat atau berkuasa cumanya, walaupun kita kaya, miskin, berpangkat, tak berpangkat, berkuasa atau tak berkuasa agama kena ada dalam diri seseorang itu...) Jadi, fikirkanlah, adakah kita sedang menuju ke arah kejayaan yang diikhtiraf oleh Allah s.w.t.?
kalau kerana kuasa dan kerajaan manusia berjaya, firaun telah berjaya... kalau kerana pangkat, hamman telah berjaya, dan kalau kerana harta manusia berjaya, qarun telah berjaya... tetapi kenapa Allah hina mereka ini?
ReplyDeletesaya azam 40h, 4 bulan, insya-Allah
ReplyDeleteibnu dinar & ziarah76;
ReplyDeleteinsya Allah, nak dapat agama kena korban..
InsyaAllah.. =)
ReplyDelete