Wednesday, September 8, 2010

Menanti Dan Meninggal Dengan Debaran....Syawal Dan Ramadhan.

Komuter yang aku sering gunakan, yang sentiasa bersempit bila waktu
puncak.(hanya gambar hiasan)
SYAWAL semakin menghampiri kita dan Ramadhan semakin melabuhkan dirinya. Di waktu ini bercampur dua perasaan antara gembira dan sedih di kalangan umat Baginda Rasulullah s.a.w., gembira menanti kedatangan Syawal dan sedih meninggalkan Ramadhan.

Jika kita toleh kembali apa yang telah kita harungi di bulan Ramadhan, adakah telah kita sempurnakan hak Ramadhan yang mubarak ini? Jawapannya hanya diri kita sendiri sahaja yang dapat menjawabnya.

Mungkin ada yang azam untuk khatam bacaan Al-Quran, nak sempurnakan solat sunat Terawih 20 rakaat, ikthikaf di masjid pada 10 terakhir Ramadhan,nak jaga mata, mulut, telinga dan hati dari pengaruh negatif, ataupun cuba nak sempurnakan 30 hari puasa Ramadhan dan banyak lagi azam kita di bulan ini, samada tercapai   atau tak tercapai.

Alhamdulillah, kerana kita masih lagi dipanjangkan umur Allah s.w.t., dalam kita menunaikan ibadah ini dalam keadaan yang aman dan sejahtera.

Jika kita 'jenguk' di luar, ada yang berpuasa dengan keadaan yang menyedihkan, ketakutan dan pelbagai lagi rasa tak selasa serta sekatan.

Cuma, kita yang berada di Malaysia ini harus bersyukur atas nikmat kita beribadat yang tiada sekatan dan bebas untuk mencari pahala sebanyak yang mungkin.

Namun, kebebasan yang disediakan untuk beribadat dan mengumpul pahala tak digunakan sepenuhnya sebaliknya kita leka dengan dunia yang sementara.

6 comments:

  1. Semoga segala amalan kita dikabul Allah, diampuni, dibimbing serta diberikan taufik untuk lagi dan lagi berusaha memperbaiki amalan kita.

    Selamat menyambut Hari Raya dan maaf zahir/batin.

    ReplyDelete
  2. zarch & ziarah76;
    salam aidil fitri...

    ReplyDelete
  3. salam.. nk tanya apa maksud kata2 ini..Allah sae hota hae,
    Makhluq sae nahi hota.. syukran

    ReplyDelete
  4. suhaila;
    maksudnya, Allah Maha Kuasa, Makhluk Tiada Kuasa, salam aidil fitri...

    ReplyDelete
  5. oo heh.. mekasih.. salam aidil fitri.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...