MINGGU ni tadi aku bersarapan dengan rakan sekerja dari Sarawak, dia datang ke KL ni nak berkursus. Jadi aku dan beberapa kawan yang lain terkejut dengan kehadirannya di kedai makan tempat pejabat kami. Lalu kami semua duduk menemankan dia ni dengan kawan-kawannya yang pernah bertugas di Sarawak dulu. Cuma, aku tak sebutlah namanya di sini.
Dia ni seorang perempuan, dalam lingkungan usianya 30an dan telah berkahwin. Dalam kita bercerita tu, si kawan yang lain mengusik tentang suaminya yang berkahwin dua ataupun berpoligami. Aku terkejut juga yang dia ni dah bermadu. Jadi, bila diusik, teruslah bercerita tentang hidup berpoligami ni kepada kita semua.
Ada antara kita di situ yang beragama Kristian dan Buddha, cuma mereka dengar dengan senyum sahaja. Cerita suaminya berpoligami ni bermula bila perkahwinan yang dilayar lebih sepuluh tahun tidak diisi dengan tangisan anak, menyebabkan suaminya "mempelawakan" dirinya untuk dikahwinkan lagi. Mulanya, bagi si dia ni tak dapat menerima kenyataan yang suaminya berkahwin lagi. Maka, si dia nipun tertekan dengan apa yang menimpa ke atas dirinya.
Bukan sahaja tekanan dari dalam tetapi dari pelbagai sudut, namun suaminya yang tersayang telah memberi dorongan agar bersabar dengan keadaan yang berlaku itu, semua itu jodoh dari Allah dan berpeganglah pada perintah Allah dan Sunnah Nabi. Jadi, si dia yang tertekan dengan keadaan seperti itu hanya dapat bersabar dan bersabar tetapi hanya Allah sahaja yang tahu isi hatinya. Begitulah cerita yang disampaikan oleh si dia ni.
Si dia ni terus bercerita lagi, selepas melayari hidup berpoligami, mula-mula si suami ni menempatkan isteri kedua di rumah sewa yang lain dan si dia ni masih tinggal di rumah yang sediada. Dalam tempoh enam bulan melayari hidup begitu, barulah si dia ni dapat menerima yang dia telah berpoligami. Setelah melihat keadaan si dia dapat menerima yang dia dah berpoligami, maka si suami mencadangkan agar isteri kedua tu tinggal bersama-sama mereka. Atas alasan yang isteri kedua tu dah mengandung, tujuannya untuk memudahkan dia mengurus kedua-dua isterinya.
Maka, si dia pun bersetuju, tinggallah mereka bertiga dalam satu rumah tu. Setelah sekian lama bersama maka timbullah kasih sayang antara si dia dengan madunya itu dan hiduplah mereka berdua umpama adik-beradik.
Si dia memberitahu hubungannya dengan madu begitu erat sekali kerana ada tolak ansur antara mereka berdua dan memahami keadaan apa yang berlaku serta membantu si suami bersama. Apabila si madu tu melahirkan anak, hubungan antara si dia dengan madunya semakin erat kerana si dia pun sama-sama membantu madunya untuk menjaga anak-anak. Si dia juga begitu sayang dengan anak-anak madunya dan begitu rapat hubungannya dengan anak-anak madunya.
Aku yang mendengar cerita dari si dia tu begitu teruja dengan ketabahan yang dihadapi olehnya walaupun begitu banyak rintangan yang dihadapi, dia tetap teruskan juga untuk dimadukan.
Dan sehingga sekarang kerukunan rumahtangga mereka masih bertahan dengan hadirnya anak-anak dari isteri kedua suaminya.
Begitulah serba sedikit tentang kehidupan orang yang berpoligami yang boleh hidup dengan aman dan damai walaupun terasa tertekan pada mulanya. Aku cuma nak paparkan kisah ini untuk memberitahu yang berpoligami ni tak semestinya akan berlaku konflik antara suami dan isteri ataupun isteri pertama dengan isteri kedua, ketiga atau keempat ataupun dengan bercerai. Titik penyelesaian kepada apa yang ada dalam kehidupan manusia ini, Allah hanya sediakan agama sahaja selain dari itu hanyalah kerosakan.
Walaupun si dia begitu ghairah menceritakan kisah berpoligaminya, namun si dia juga mengingatkan kepada si lelaki-lelaki yang ingin berpoligami perlu mempersiapkan diri mereka dengan amalan agama agar mempunyai kekuatan untuk menghadapi apa-apa jua konflik nanti. Sebab poligami ni begitu unik dan ada keseniannya yang tersembunyi dalam orang yang mengamalkannya dengan kehendak Allah dan Rasul-Nya.
cam senang je cerita nye..
ReplyDeleteTuan azhar,
ReplyDeleteada cerita yang senang dan ada cerita yang susah, tapi yang ini Allah bagi senang ckit...
kalau isteri pertama reda,yg kedua juga reda,teruskanlah.
ReplyDelete..kalau macam tu lah semua wanita, pasti lelaki akan bergumbira...tapi semua itu jodoh dari Allah swt.
ReplyDelete