Belon untuk ke Labuan.... |
Setelah mendengar laporan serba ringkas dari saudara itu, aku angkat punggung untuk mencari tempat untuk berehat, di LCCT aku terpaksa bermalam sebab penerbangan aku ke Labuan awal esok, jam 7.30 pagi. Terpaksalah aku bermalam di LCCT. Aku sememangnya tak berapa suka nak tidur di LCCT ni, tak dapat nak tidur, sejuk dan sentiasa berjaga-jaga takut kehilangan barang-barang.
Biasanya, aku jarang tidur, kalau tidurpun hanya beberapa minit sahaja, tak berapa lena. Suasana di LCCT di waktu malam biasanya sibuk juga kerana pendaratan kapal terbang dari dalam negara dan luar negara. Kehadiran penumpang-pnumpang yang baru mendarat menggambarkan lagi kesibukan suasana di LCCT pada waktu malam. Jika dibandingkan dengan suasana di KLIA agak lenggang sikit pada sebelah malam. Maklumlah, AirAsia tambang murah MAS tambang mahal, tentulah pilihan lebih kepada AirAsia.
Dan malam itu aku tidur dalam jaga, tertidur sekejap di surau LCCT yang kat Food Centre tapi terlampau dingin sehingga lena aku terganggu, akhirnya aku tertidur di atas kerusi tepi jalan berhampiran dengan stesen bas yang nak ke KL Sentral.
Aku bangun dalam jam 4 lebih, dekat-dekat jam 5 aku terus ke surau nak lelapkan mata tapi tak dapat. Terus sahaja aku ke tandas untuk membersihkan diri. Lepas solat Fajar aku terus ke dewan keberangkatan takut terlewat nanti. Dan aku sudah terbayang Labuan dan seterusnya Limbang...
Express laut nak ke Limbang....selalunya jemaah datang melalui express laut. |
Aku bangun dalam jam 4 lebih, dekat-dekat jam 5 aku terus ke surau nak lelapkan mata tapi tak dapat. Terus sahaja aku ke tandas untuk membersihkan diri. Lepas solat Fajar aku terus ke dewan keberangkatan takut terlewat nanti. Dan aku sudah terbayang Labuan dan seterusnya Limbang...
teringat saya kenangan 2009 semasa keluar 40 hari d Limbang,betapa baiknya orang limbang, bilakah masanya saya akan kesana lagi?
ReplyDeleteApakhabar cikgu Musa, lama tak dengar khabar? bawalah jemaah masturat lagi ke sini Limbang/Lawas..
ReplyDeleteAsmkum,
ReplyDeleteKami di Gelenggang Holidays menawarkan Transit Package dengn hanya RM139 utk 4 org dan transport pulak free , pergi dan balik.
Penginapan bermula 7pm hingga 7am..kini anda tidak perlu lagi risau pasal tdo anda.
Layari www.gelenggang.com untuk keterangan lanjut