Friday, November 4, 2011

Salam Aidil Adha Serta Salam Hijrah Dan Nusrah

TAHUN ini aku beraya haji di Limbang, tak seperti tahun-tahun yang dulu aku terpaksa raya haji di KL bersama dengan kawan-kawan. Raya tahun ini tiada apa yang nak dijamukan hanya nak beli beberapa ekor ayam sebagai hidangan keluarga sahaja. Dan tiada rumah terbuka untuk aku adakan dan selepas raya haji ni nanti hanya menunggu jemaah 40 hari yang akan mengunjungi kami di sini.

Jemaah 40 hari yang akan datang ke Limbang nanti sebanyak 3 jemaah dan satu jemaah telah diketahui semasa hadir Mesyuarat Malaysia di Masjid Seri Petaling minggu lepas iaitu jemaah dari Kajang. 2 jemaah lagi belum dipastikan dari mana. 

Cuma raya haji di Limbang ini biasa sahaja, hanya mengadakan kenduri dan menyembelih kerbau untuk korban. 

Mungkin raya haji ini aku nak rehat di rumah sahaja dan nak buat coklat sekali dengan anak-anak nanti. Masa di KL tempohari ada pesan dengan kawan (Umi tq, nanti bagi ikan tahai) tolong belikan coklat bar seberat 10kg. Cuti ini (3 hari) jika ada mood bolehlah uji kemahiran membuat coklat yang dah lama tak mambuatnya.

Jadi, raya haji ini hanya rancang untuk itu sahaja, bersama keluarga, membuat coklat dan menanti jemaah yang bakal kunjung tiba pada cuti sekolah ini. Salam Aidil Adha dan Salam Hijrah dan Nusrah untuk umat Islam semua.

2 comments:

  1. Assalam Ismadi selamat hari raya aidil adha sampaikan salam pada Hj Lamit, Insyaallah Nov ini saya keluar masturat 2 bulan negara jauh kami 4 pasang dari Jitra dan 2 pasang dari Bintulu, route kami ke Melbourne dan Sydney Australia, tiket sudah beli kami mula keluar 18Nov dan bertolak ke Melbourne pada 22 Nov. Doakan semoga Allah terima kami buat usaha di Australia

    ReplyDelete
  2. Insyaallah, doakan untuk kami di Limbang ini, semoga dapat dikeluarkan jemaah masturat seperti tuan-tuan di sana dan salam Aidil Adha untuk cikgu musa sekeluaraga.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...