Thursday, January 26, 2012

Jangan Bersedih Anakku....

KINI anak aku dah berada di Madrasah Tahfiz Makam Diraja Langgar, Alor Setar hampir sebulan. Aku terasa sunyi betul dengan ketiadaan anak aku di sisi. Sebab, ke mana aku pergi dialah teman, sahabat, tempat bermanja dan tempat berbicara saban hari dan kini aku keseorangan. Kadang kala terasa sayu bila anak tanpa di sisi dan amat merinduinya. 

Suasana yang berbeza begitu ketara amat aku rasai bila melihat wajah anak aku bila berada di tempat baru, di Limbang dia seorang kanak-kanak masih yang perlu dibelai dengan kasih sayang dan perlu dibimbing sentiasa. Disini nanti, anak aku hidup berdikari tanpa ayah dan ibunya bersamanya. Namun, aku yakin Allah akan menjaga dan memelihara anak aku dengan sempurna sebagaimana Allah mentadbir alam maya ini dengan sunatullah dan kudratullah-Nya.

Kutinggalkan anak aku dengan kucupan kasih sayang di pipi kiri dan kanan serta dahinya semasa di surau selepas solat subuh. Anakku, Ameer Hariz tak memandang wajah aku, mungkin begitu sedih dan aku bersama teman terus beredar kerana penerbangan balik aku ke Kuala Lumpur jam 8.30 pagi.

Aku terus berlalu tanpa memandang wajah anak aku serta bersalam dengan pelajar-pelajar hafiz yang lain seramai 15 orang termasuk anak aku. Hanya aku doakan agar anakku dapat mengharungi kehidupan sebagai seorang pelajar hafiz dengan baik dan sempurna.

Hari ketiga di situ, aku terus balik dari Alor Setar ke Kuala Lumpur seterusnya ke Miri dan ke destinasi terakhir aku, Limbang. Insya-Allah, disinilah tempat persinggahan yang akan aku lawati sentiasa kelak untuk melihat anak kesayanganku membesar dalam hafalan perkataan Allah s.w.t.

Dari Uthman Ibn Affan r. 'anhu meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda : Yang terbaik diantara kamu adalah orang yang belajar Al-Quran dan mengajarkannya. (HR Tarmizi)




8 comments:

  1. lani orang limbang ada 2 orang la kat madrasah makam, bersama anak cikgu Hamid

    ReplyDelete
  2. Saya la nie duduk alor star, kalau mai bila2, ada masa boleh mengeteh

    ReplyDelete
  3. Assalamu'alaikum.

    Semoga Ameer jadi sebab kemuliaan ibubapanya dunia dan akhirat.

    ReplyDelete
  4. Cikgu Musa,
    Insya-Allah, jumpa nanti nak dengar karguzari jemaah masturat dari Australia ni.

    Ziarah76,
    Insya-Allah kita boleh berkenalan nanti bila jumpa di sana.

    Ishak Zaini,
    Wa'alaikummusalam,Insya-Allah.

    ReplyDelete
  5. Salam sejahtera,

    anak tuan masih di madrasah makam langgar kah? ... saya dah berkenalan dengan 2 orang anak dari sarawak-mungkin anak tuan...mereka sihat sejahtera alhamdulilah....ceria nampaknya. pandai membawa diri.

    ReplyDelete
  6. Salam sejahtera,

    mungkin anak tuanlah yang saya sembang2...ceria dan sihat nampaknya...pandai mereka bawa diri...personally saya takjub dengan kedua ibu bapa mereka-pastinya orangnya hebat2 kerana berkorban kerinduan demi pendidikan anak-anak....

    ReplyDelete
  7. Ummu Nayli,
    Alhamdulillah, anak saya masih di madrasah makam langgar, terima kasih atas perhatian ummu nayli. Doakan semoga anak saya cemerlang dan istiqamah dalam pelajarannya. Terima kasih.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...