TAHUN 2012 tinggal sebulan lebih lagi, mungkin masa ini ramai di kalangan kita masih tercungap-cungap untuk mencapai sasaran kerja tahunan yang perlu disempurnakan berdasarkan arahan pihak atasan. Dan pasti juga pihak atasan akan menekan orang bawahannya untuk menyempurnakan sasaran kerja mereka kerana sasaran kerja orang atas bergantung kepada sasaran kerja orang bawah. Jadi, siapa yang berkerja sebenarnya.
Orang atas akan arah orang bawah buat kerja, orang bawah akan arah orang bawahnya untuk buat kerja dan orang bawahnya akan arah orang bawahnya lagi buat kerja. Jika orang bawah sekali tidak membuat kerja yang diarahkan pasti keseluruhan pencapaian orang di atasnya tidak akan tercapai dan semua mereka tidak akan mencapai sasaran kerja yang dikehendaki atas kerja yang tidak dibuat oleh orang yang paling bawah sekali.
Mungkin begitulah aliran kerja sebilangan kita, kata orang macam posmen, cuma hantar surat sahaja.
Sememangnya sebilangan besar pekerja yang dibawah merupakan "pelaksana", yang merupakan tunggak kepada turun atau naiknya sesebuah organisasi itu. Kalau dilihat organisasi sebegini umpama "piramid". Ia memerlukan sokongan orang yang dibawah untuk menggerakkan semua aktiviti-aktiviti organisasi dan orang yang di atas berperanan untuk menggalakkan orang bawahannya bergerak berdasarkan idea-diea yang telah mereka wujudkan.
Idea-idea yang diwujudkan oleh orang atasan tidak berguna walaupun bernas jika tiada sokongan pihak bawahan yang melaksanakannya.
Kesimpulan yang dapat diambil daripada ini, aku rasa kedua-dua pihak harus berkerjasama ke arah untuk mencapai sasaran yang disasarkan dan tolak ansur perlu ada untuk merealisasikan sasaran tersebut.
Tetapi ada juga orang yang bekerja tidak perlu untuk menyempurnakan sasaran kerja tahunannya, cuma yang ingin dinikmatinya hanyalah kepuasan dalam bekerja. Ada tak organisasi yang membuat cara sebegitu, bekerja bukan untuk memenuhi sasaran organisasi tetapi memenuhi kepuasan bekerja.
Salam Maal Hijrah (1434H) bagi yang beragama Islam dan salam akhir tahun 2012 untuk semua. Esok aku sudah bercuti untuk keluar 40 hari (sasaran kerja tahunan aku, hujung tahun keluar 40 hari atau 4 bulan, sasaran bulanan 3 hari, sasaran mingguan buat gast 1 dan 2, sasaran harian buat mesyuarat harian, 2 jam setengah dan taklim masjid dan rumah berserta dengan ibadat khusus, sunnah dan sunat)

No comments:
Post a Comment