Saturday, October 30, 2010

Tiada Rahsia Antara Kita

MASA aku balik dari LCCT selepas balik urusan kerja di Pulau Pinang, dalam jam 4 lebih, aku menaiki bas dari LCCT ke KL Sentral. Dalam bas aku duduk di depan sekali sebelah kanan, tak lama selepas itu bas dipenuhi dengan penumpang dan sebelah aku ada seorang pemuda Indonesia. Pakaiannya biasa sahaja, dan sebelah belakang aku ada pasangan dari Indonesia juga yang begitu happy sekali. Aku rasa dalam bas itu penuh dengan warganegara asing yang datang ke negara ini. Dan hampir separuh dalam bas itu dipenuhi dengan warganegara Indonesia.


   Aku tak berapa kisah sangat dengan kehadiran warga asing yang datang ke ibu kota Malaysia ini, sememangnya kehadiran mereka-mereka ini begitu tinggi sehingga kota raya penuh dengan warga-warga asing dan terasa kita ini berada di negara yang lain. Dan di tempat tinggal akupun penuh dengan warga asing yang datang dari pelbagai negara, dan di surau tempat aku tinggalpun dikuasai oleh mereka-mereka ini terutamanya warga Pakistan. Tapi bagi aku ada baiknya, kalau tak, sunyilah surau-surau itu.


   Aku tak pandang wajah pemuda Indonesia sebelah aku tu, sebab aku sibuk dengan membaca buku Usahawan Cemerlang (Tip Dan Panduan Keusahawanan) oleh Saat Sulaiman. Buku ini begitu sesuai untuk usahawan-usahawan yang masih baru lagi berjinak-jinak dengan bisnes ataupun yang telah lama berkecimpung dalam bisnes. Ia lebih untuk membantu usahawan-usahawan terutamanya usahawan melayu tentang langkah yang perlu dilakukan untuk berjaya dalam bisnes, aspek kesalahan dan kelemahan yang diperlu diketahui oleh usahawan dan idea-idea yang praktikal.


   Buku ini sebenarnya dah lama aku beli tapi belum ada masa lagi untuk aku membaca sepenuhnya, dan jika ada kelapangan aku akan capai buku yang ada dan aku bawa semasa aku ada kerja di luar dan sebolehnya aku akan cuba habiskan semasa aku membuat kerja di luar dari KL. Tapi belum dapat aku habiskan juga walaupun banyak buku yang menunggu giliran untuk aku bacakan.


   Setelah begitu lama aku menatap buku itu dengan ghairahnya, aku pandang wajah pemuda Indonesia itu, dia tenang sahaja. Dan aku cuba untuk berbual dengan pemuda itu. Ada tindakbalas dari pemuda itu, aku tanya dari mana, (memang aku dah tahupun dia dari Indonesia).
Jawbanya ringkas, "Pulau Jawa Tengah".
"Buat apa kat sini", soal aku lagi.
"Ada urusan kerja" jawab dengan memberi senyuman.
"Sapa nama abang" soal aku cuba nak tahu lebih mendalam lagi.
"Adi" pendek jawabnya.
"Umur berapa" aku cungkil lagi.
"31 tahun" jawabnya sambil memandang wajah aku.
"..oooah.. masih muda lagi..."
"dah kahwinkah adik?" soal aku lagi.
"dah" pendek sahaja jawabnya.


   Lepas itu,aku tanya lah dia dengan pelbagai soalan sehingga ke bab kerja, keluarga dan tentang agama yang semakin tidak diminati oleh orang Islam sendiri. Dia hanya mengangguk apa yang aku ceritakan. Aku beritahu Adi tentang agama yang semakin pupus, sebab agama hanya diamalkan apabila ada kelahiran, kematian dan perayaan dan selain dari itu agama diketepikan kerana tidak releven dengan kehidupan yang penuh dengan tata hidup yang menyimpang dari kehidupan beragama.


   Aku beritahu Adi maksud kita(semua manusia) dihantar ke muka alam ini, bukan semata-mata nak kumpul harta, pangkat dan kuasa tapi maksudnya macamana nak perkenalkan Allah swt kepada manusia bahawa ada Pencipta, Pemberi Rezeki, Pentadbir, Penguasa dan banyak lagi yang ada pada Allah yang tak ada pada manusia. Untuk beritahu bahawa, semua yang ada di depan mata kita ini, samada nampak atau tak nampak semua dalam pentadbiran Allah swt dan berlaku dengan kehendak Allah swt. Bukannya berlaku dengan sendiri-sendiri ataupun kebetulan. Aku tengok Adi angguk dan membenarkan sahaja apa yang aku katakan.


   Dan aku beritahu contoh yang paling dekat, seperti orang Jepun, mereka telah pasarkan produk-produk mereka ke serata alam agar produk-produk mereka digunakan oleh semua manusia. Dan sekarang asbab kegigihan mereka semua produk-produk Jepun ada kita gunakan dari yang dalam rumah hingga ke luar rumah. Ini fikir orang Jepun macamana manusia mendapat manafaat dari produk yang mereka keluarkan dan selain itu keuntungan juga mereka perolehi. Dan begitu juga yang hendak aku umpamakan seperti agama kita ini, agama Islam merupakan produk kita yang sebaik-baiknya untuk kita pasarkan kepada orang-orang Islam yang jauh dari agama dan orang-orang yang belum lagi terima kalimah suci ini. Macamana kita fikir setiap individu manusia, setiap keluarga, setiap rumah, setiap kampung, setiap bandar, setiap negara dan seluruh alam ini ada amalkan agama dengan sempurna dan bukan-bukannya separuh-separuh atau apa yang kita suka sahaja kita amal dan yang tak kita suka kita ketepikan.


    Jadi, inilah produk kita orang Islam, aku beritahu Adi dan kita kena cakap perkara ini hari-hari dan jadikan ia sebagai darah daging dalam kehidupan seharian kita dimana sahaja kita berada, di rumah, di pejabat, di pasar, di kedai, dalam bas, dalam kapal terbang kita kena cakap dan amalkan kehidupan beragama selagi nafas kita berhembus.


   Belum habis lagi aku nak cakap, bas dah sampai di KL Sentral, aku lihat Adi cepat-cepat nak keluar dari bas, dan sempat mengucapkan terimakasih atas perbualan itu dan terus berlalu dan tanpa aku nampak lagi kalibat Adi di dalam kesesakan penumpang yang berpusu-pusu ke banguan KL Sentral.


   Aku lihat jam di telefon bimbit aku dah menunjukkan 6.09 petang, aku terus naik ke atas untuk mendapatkan tiket KOMUTER untuk ke Kepong Sentral. Dah seminggu aku tinggalkan morhallah aku ini, pasti "caca" dan Nasharuddin(pelajar tingkatan dua yang selalu urut kaki aku di surau) rindu dengan aku.... aku terus ke kaunter tiket sambil menyerahkan duit RM1.20 dan terus mendapatkan tiket dan terus turun ke stesen KOMUTER dengan kesesakan yang sering menemani aku...

3 comments:

  1. Salam,apa khabar tuan blog,harap dlm keadaan sihat dan ceria,maaf kerana lama tidak mengomen di sini kerana baru balik tashkil...doa kan sy..(jemput baca entry terbaru sy di blog sy..)

    ReplyDelete
  2. Salam,apa khabar tuan blog,harap dlm keadaan sihat dan ceria,maaf kerana lama tidak mengomen di sini kerana baru balik tashkil...doa kan sy..(jemput baca entry terbaru sy di blog sy..)

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah, doa kan untuk sy juga..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...