Sunday, November 7, 2010

Hari Ini Adalah Lebih Baik Daripada Esok - Yakinlah Atasnya Dan Hiduplah Seperti Semestinya

DILAPORKAN daripada 'Allamah Syu'bi r. 'alaihi bahawa apabila pesalah-pesalah dibawa kehadapan Umar r. 'anhu, maka orang itu disuruh berdiri di hadapan orang ramai lalu serbannya ditanggalkan. Kemudian pada ketika Ziad r. 'anhu, pesalah tersebut disebat. Ketika zaman Mus'ab Ibn Zubair r. 'anhu, janggut pesalah tersebut akan dicukur.


   Pada zaman Bishr bin Marwan, mata pesalah tersebut akan dicucuk. Kemudian apabila datang zaman penzalim yang terkenal Yusuf bin Hajjaj Taqafi dia berkata semua layanan ini hanyalah menyamar sahaj lalu dia berkata : "Bunuh sahaja pesalah tersebut dengan pedang."
(Umdatul Qari - Syarah bagi Bukhari, Jilid 24, ms. 185. Fathul Bari, Syarah Bukhari,   Jilid 16, ms. 127)

   Abdullah Ibn Mas'ud r. 'anhu pernah berkata : "Esok akan menjadi lebih buruk daripada hari ini dan gejala ini akan terus berlaku sampai ke hari Kiamat. Aku tidak berkata bahawa kemewahan dan kesenangan hidup, makan dan minum akan musnah tetapi esok hari akan lebih buruk daripada sekarang kerana tiada lagi alim ulamak yang benar lagi soleh yang akan wujud (untuk dirujuk bagi keperluan). Dengan ini tidak ada usaha ma'aruf wa naha 'anil mungkar. Akibatnya orang ramai akan binasa dan punah.
(Fathul Bari, Jilid 16, ms. 128)

   Ulamak dan fuqahak akan meninggal dunia. Maka pergilah daripada dunia ini orang-orang yang bercakap dengan kebenaran. Maka muncullah orang-orang jahil yang menyarankan sesuatu menurut fikiran dan hawa nafsu mereka lalu membuat bid'ah di dalam agama. Akibatnya, musnahlah orang ramai.

   'Allamah Ibn Battal r. 'alaihi menulis bahawa sabdaan-sabdaan Rasulullah s.a.w. mengenai perkara yang akan berlaku itu adalah merupakan suatu daripada mukjizat Rasulullah s.a.w. yang dapat kita saksikan sekarang ini.  Maka daripada segi ilmiah dan agamanya, ada masa-masa yang dipenuhi keburukan yang pastinya memberi kesan bagi urusan dunia.
(Ibid, ms. 128)

Bab 53, Meniti Debaran Zaman - Sheikhulhadis Mufti Ahmed Ebrahim Bemat
Terjemahan - Abdul Aziz Bin Abdul Hamid

2 comments:

  1. Semoga kita semua dilindungi dari zaman keburukan dunia. Sesungguhnya, usaha dakwahlah merupakan perisai untuk umat ini.

    ReplyDelete
  2. semoga kita sentiasa dipilih oleh Allah dalam usaha dakwah ini sehingga akhir hayat..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...