Taqwa dan Fatwa...
Taqwa ialah memelihara hubungan yang baik dengan Allah s.w.t., memelihara diri jangan sampai terperosok kepada perbuatan yang tidak diredhai oleh Allah s.w.t. , memelihara segala perintah-Nya supaya dapat dilakukan dan memelihara segala larangan-Nya supaya dapat dijauhi.
Fatwa merupakan suatu pendapat keagamaan pada hukum Islam yang dikeluarkan oleh seorang ulama.
Untuk membezakan antara taqwa dan fatwa, mungkin aku boleh memberi perumpamaan yang mudah untuk difahami, iaitu seorang yang berpegang pada taqwa dia seperti seorang yang berjalan di tengah jalan, dan seorang yang berpegang pada fatwa dia seperti berjalan di tepi jalan. (maksudnya bukan jalan raya)
Jadi, siapa yang lebih selamat, seorang yang berada di tengah jalan atau yang di tepi jalan yang tepi jalan itu ada jurang yang dalam di sebelahnya? Tentulah di tengah jalan kerana kita tak perlu berhati-hati berbanding di tepi jalan yang perlu berhati-hati, jika tak dia akan jatuh ke jurang yang dalam itu.
Ataupun yang biasa kita dengar tentang taqwa dan fatwa ini adalah; jika seseorang melihat perempuan dengan sekali pandang tak haram dari segi fatwa dan jika kali kedua kita memandang perempuan ia boleh jatuh haram bagi yang bukan mahram. Jika berpegang dengan taqwa, langsung tak akan memandang bagi perempuan yang bukan mahram, bagi mengelak kita jatuh dalam perbuatan dosa.
Dan sekarang ni, kita tanya diri kita sendiri dan aku sendiri juga adakah kita berpegang pada taqwa dan fatwa? Ataupun kita tak berpegang pada kepada kedua-duanya sekali, iaitu berpegang kepada nafsu kita?
Aku rasa, kebanyakan kita yang ada sekarang lebih berpegang kepada nafsu kita sendiri tanpa berpegang kepada taqwa dan fatwa. Dan mungkin juga ada di antara kita yang berpegang kepada pemikiran logik yang beasaskan dengan andaian yang kukuh dan yang boleh untuk diterima akal.
Keutamaan yang perlu bagi kita sekarang adalah, bagaimana nak dapatkan sifat taqwa yang diukur oleh Allah s.w.t.
Salam
ReplyDeleteKalua begitu, benarlah org yg bertaqwa meninggalkan perkara yg dbenarkan...(even leave what is permissible..)
makcik nor
makcik nor,
ReplyDeletecontoh perkara yang dibenarkan yang ditinggalkan oleh orang yang bertaqwa..?