MUNGKIN kita kenal lagenda pahlawan yang bernama Hang Tuah di zaman Kesultanan Melaka suatu masa dahulu. Sebelum hadirnya cicak-man, spiderman, superman, dan banyak lagi manusia yang diagung serta diangkat martabatnya disebabkan kecanggihan dalam membikin filem jadi tertonjol lah keheroan dalam bentuk yang penuh dengan kepuraan seorang hero. Namun, nama Hang Tuah masih begitu disanjungi dan dipuji keperwiraannya.
Hang Tuah merupakan pahlawan melayu yang begitu terkenal dengan keberanian, kesetiaan dan ketangkasan yang tiada tolok bandingnya pada zaman tersebut. Terjulangnya nama Hang Tuah disebabkan beliau menamatkan riwayat sahabat karibnya yang benama Hang Jebat yang dikatakan menderhaka terhadap Sultan Melaka pada masa itu.
Kederhakaan Hang Jebat dikatakan kerana ingin membalas dendam ke atas Sultan yang telah menganiayai Hang Tuah yang begitu setia sekali dengan Sultan tapi telah difitnah oleh pembesar-pembesar pada masa itu.
Setelah Hang Tuah dihukum bunuh(sebenarnya telah disembunyikan oleh Bendahara pada masa itu), Hang Jebat telah dilantik sebagai Laksamana bagi mengganti tempat Hang Tuah. Setelah dilantik menjadi Laksamana dan keris Taming Sari digenggamannya, Hang Jebat menggila dengan mengambil alih istana dan mengusir Sultan pada masa itu dari istana.
Bila berlakunya pengambilalihan istana, Sultan berasa menyesal membunuh Hang Tuah, kerana Hang Tuah sahajalah yang berupaya untuk mengalahkan Hang Jebat yang derhaka itu. Dengan kesempatan itu juga, Bendahara mengadu kepada Sultan bahawa sebenarnya Hang Tuah tidak dihukum bunuh tapi telah disembunyikan oleh Bendahara. Bila mendengar perkhabaran tersebut, Sultan begitu gembira sekali lantas menyuruh Bendahara memanggil Hang Tuah untuk menghapuskan Hang Jebat yang derhaka itu.
Bila mendengar yang Hang Tuah masih hidup betapa gembiranya Hang Jebat tapi kemunculan Hang Tuah bukan untuk berkompromi dengan Hang Jebat tapi untuk menghapuskan Hang Jebat yang dikatakan menderhaka kepada Sultan.
Terjadilah episod pertembungan anatara Hang Tuah dan Hang Jebat yang dikatakan bertempur selama tujuh hari yang berakhir Hang Tuah berjaya membunuh Hang Jebat setelah keris Taming Sari diserahkan oleh Hang Jebat kepada Hang Tuah untuk membunuhnya.
Begitulah riwayat hidup manusia yang begitu setia dengan Sultan sehingga nyawa dan sahabat sendiripun sanggup dikorbankan dan begitulah juga seorang sahabat yang sanggup mempertaruhkan nyawa bila sahabat dianiayai atas sebab perebutan kuasa dan hasad dengki di kalangan pembesar-pembesar.
Mangsanya adalah Hang Jebat...persoalannya, adakah lagi watak-watak manusia sebegini yang sanggup mengorbankan diri semata-mata untuk menjunjung erti kesetiaan kepada Sultan dan sahabat? Bukan semata-mata untuk kuasa, harta dan takhta direbuti.
Jadi, siapakah di antara kita ini masih lagi meminati Hang Tuah dan Hang Jebat kerana pengorbanan mereka terhadap makhluk dan juga adakah kita tidak meminati sahabat-sahabat yang berada di zaman Nabi Muhammad s.a.w. yang terkorban kerana berjuang atas agama Allah s.w.t.
Adakah kita nak mengorbankan diri, masa dan harta kita atas perkara yang kekal atau yang sementara sahaja? Jadi, janganlah salahgunakan diri, masa dan harta kita untuk dikorbankan kepada yang tidak sepatutnya, korbankanlah kepada yang sepatutnya.
Menurut Andaya (2002), Hang Tuah, Hang Jebat dan Hang Kasturi adalah pemimpin ulung kaum Orang Asli. Kekuasaan Orang Asli dalam pemerintahan Melaka serta kerajaan-kerajaan melayu yang lain mengalami kemerosotan dengan kematian ketiga-tiga tokoh ini. Pendapat ini dipetik dari Pagan Races of the Malay Peninsula, Macmillan, London 1906 karangan Skeat, W.William and C.O. Blagden.
ReplyDeleteAndaya juga memetik pendapat Juli Edo, seorang ahli antropologi dari etnik Semai yang mengatakan bahawa Hang Tuah dan Hang Jebat adalah Orang Asli. Hang Tuah dan keluarganya berpindah ke Hulu Perak selepas kematian Hang Jebat.
Menurut Yayan Indriatmoko (2003), Hang Tuah berketurunan Orang Laut. Orang Asli melibatkan diri secara aktif dalam sosioekonomi Tanah Melayu pada zaman dulu.
terima kasih kerana meletakan info ini (thanks).
Deleteterima kasih atas info tuan-tuan semua.
ReplyDeleteSultan adalah manusia biasa juga ciptaan Tuhan yang maha agung! Terdedah kepada kesilapan-kesilapan duniawi seperti kita semua! Kesetiaan seharusnya kepadaNya sahaja! Tiada lain dan tiada bukan! Hanya kepada Dia sahaja! 100%. Sahabat yang terkarib 100% ialah hanya Dia juga! Tiada lain dan tiada bukan! Jangan bertindak melulu! Serahkan 100% kepadaNya sahaja. Kuasa & harta tidak dapat dibawa mati! Hanya dosa dan pahala sahaja! Amin.
ReplyDeleteTerima Kasih....
Betul tu tuan
ReplyDeleteTUAH SETIA PD SULTAN...TP JEBAT BERJUANG DEMI ORG YG TERTINDAS...MAKA X LOGIK JIKA SEJARAH TERUS MENGANGGAP SEORANG PENDERHAKA
ReplyDeleteSiapa kata tuah bunuh jebat ..
Deleteselepas jebat ditikam ..boleh lagi beliau mengamuk tujuh hari..tujuh malam..dan orang yang diamuk hanyalah pembesar2 yg berhati busuk..kemudian hanya tuah sahaja yg dibenar kan memandikan jenazah jebat ..takkah pelik..tuah terkenal dgn tipu helahnya..jadi pikir pikir kanlah..benarkah tuah sangup membunuh jebat yg dianggap bagai adiknya sendiri ..
ReplyDeleteNAK TAU KESAH SEBENAU YEE...TUMBANGKAN OMNGOK DULU...
ReplyDelete