KESIBUKAN hidup dalam
menghadapi cabaran dunia kadang kala memenatkan fikiran lantas fizikal sekali.
Semenjak aku berada di Limbang, kesibukan menghadapi urusan kerja begitu terasa
sekali. Sebenarnya kesibukan yang berlaku dalam diri aku bukan disebabkan oleh
kerja itu tapi kerenah manusia di sekeliling aku yang tak selari dengan
pemikiran, kehendak, idea dan perancangan yang aku atur.
Kadang kala apa yang
kita harapkan tidak menjadi kerana ketidakselarian perancangan yang dibuat di
persekitaran kita yang mempunyai manusia yang banyak idea tersendiri. Nak
selarikan pemikiran yang berlaku kenalah aku selarikan pemikiran aku dengan
perancangan dan idea orang di sekeliling aku.
Walaupun perancangan
serta idea yang “ditelurkan” oleh mereka itu tak dapat nak menjadikan telur itu
melahirkan idea yang sempurna.
Ada setengah orang
mengatakan, untuk menjadikan sesuatu itu berjaya perlu ada kerjasama antara
pihak atasan dan bawahan. Tanpa ada kerjasama pasti kejayaan sukar untuk
dirasai dan diterjemahkan dalam kehidupan.
Aku pernah terbaca
buku tentang kejayaan dalam sesuatu perkara ataupun organisasi, ia terbahagi
kepada dua manusia yang akan mencipta kejayaan itu samada untuk kepentingan
diri sendiri atau bukan kepentingan diri sendiri. Tapi dua-dua manusia tersebut
juga berjaya meletakkan perkara atau organisasi itu berjaya namun hala tuju
kejayaan itu untuk keuntungan siapa sebenarnya?
Ada setengah golongan
tersebut inginkan sasaran agar dirinya tertonjol atas kejayaan tersebut dan ada
setengahnya tidak menonjolkan dirinya kerana dia lebih untuk kepentingan
bersama tanpa apa-apa sasaran untuk kepentingan dirinya.
Si dia yang ingin
menonjolkan diri itu berkemungkinan inginkan pangkat, dia yang lebih tahu
semuanya, ingin menerima pujian dan ingin menjadi mentor. Orang sebegini
biasanya sering memanipulasikan orang lain, menyalahkan orang lain dan jika ada
kepakaran di dada akan disembunyikan agar orang lain tidak dapat kepakaran
tersebut atau tidak dikongsikan, cukuplah untuk dia sahaja yang mempunyai
kepakaran tersebut.
Bagi si dia yang
tidak ingin diri ditonjolkan, lebih mendahulukan orang lain dari diri sendiri,
membina pasukan dalam organisasi, berkongsi kepakaran, memberi pujian,
mengenengahkan orang lain untuk berjaya, berkongsi kesilapan dan memotivasikan
orang lain agar terus berjaya.
Biasanya, individu
yang inginkan kejayaan tercapai dengan mengharapkan ganjaran yang diperolehi
daripada pelbagai pihak atas dirinya, bukanlah pemimpin atau pekerja yang boleh
menambahnilaikan sesuatu dan mendokong atas kejayaan tersebut tapi mencacatkan
kejayaan yang akan dibina kelak kerana nilai-nilai dalaman yang tidak positif
dan individulistik.
Kadang kala aku
terfikir juga, adakah aku dapat menghalang perkara ini berlaku kerana di
sekitar aku penuh dengan manusia sebegitu yang inginkan ganjaran, pujian dan
lebih tepat lagi keinginan nafsu ataupun menghalalkan sesuatu perkara untuk
kejayaan. Dengan alasan yang biasa kita dengar, nak hidup bro, perlu ada
“kreativiti” dan “inovatif”.
Dalam
bayan(penerangan) sering aku dengar tentang sifat sahabat iaitu, “......kita
nak amalkan perintah Allah s.w.t. bukan kerana nak dapatkan pahala dan syurga,
tujuan kita amalkan perintah Allah s.w.t. untuk dapat redha daripada Allah
s.w.t. tapi kita yakin bahawa ganjaran daripada Allah s.w.t. pasti kita akan
terima sebab kita buat kerana Allah s.w.t. ...”
semoga Allah s.w.t. selamatkan saya dan Tuan. Same situation here.
ReplyDeletesatu artikel yg perlu dibaca berulang2 kali,baru faham....terima atas perkongsian ini..
ReplyDeleteDr. Ben,
ReplyDeleteInsya-Allah.
APS,
terima kasih atas saranan tuan.