Thursday, July 26, 2012

Aku Dalam Bulan Ramadhan

HARI ini dah 6 hari aku berpuasa, dan anak aku yang bongsu sekali sehari dah "pecah puasa". Anak aku yang nombor 2 masih dapat bertahan lagi.

Tahun ini aku cuba nak berpuasa dengan puasa yang betul-betul berkualiti dan nak jaga mata, mulut, telinga, fikir, hati, kaki, tangan dan semua anggota badan dan pancaindera agar ke arah perkara yang baik ataupun disukai oleh Allah swt.

Puasa tahun ini aku berazam untuk tidak pergi ke bazaar ramadhan bagi mengurangkan nafsu aku untuk tidak makan lebih. Dan juga aku berhasrat agar bulan ramadhan ini kerja di pejabat berjalan dengan lancar dan santai seperti biasa. Mungkin lebih hebat lagi seperti bukan dalam bulan ramadhan.

Juga aku berkeinginan agar usaha agama yang aku selalu tertinggal dapat aku buat di bulan yang mulia ini kerana ganjaran bagi orang yang buat usaha agama akan dilipat kali gandakan oleh ALLah swt. Azam aku agar dapat kupenuhi dengan setiap detik yang berjalan.

Keazaman aku juga agar berat badan aku di bulan ramadhan ini dapat dikurangkan, terutamanya perut yang makin "boroi". Kadang-kala orang lelaki tak berapa kasih tentang perkara itu kerana ia tanda "kematangan" lelaki yang telah dewasa. Mungkin aku juga termasuk dalam golongan tersebut tapi aku nak elakkan dalam golongan 'kematangan".

Tarawih aku cuba nak penuhkan dengan 23 rakaat untuk tahun ini. Aku tak nak tinggalkan walaupun satu rakaat.

Dan akhir sekali, tahun ini aku nak balik kampung beraya dengan emak dan bapa aku. Insya-Allah.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...