SEJAK aku aktif dalam penulisan blog ini, rasa terisi juga ruang masa untuk aku menulis yang pada masa dulu aku sememangnya berminat dalam bidang ini.
Jika nak difikirkan, nak jadi penulis dalam majalah-majalah dan suratkhabar mungkin jauh sekali tulisan kita ini akan disiarkan. Hanya dengan adanya blog sebegini dan banyak lagi yang seangkatan dengannya boleh juga aku melontarkan luahan rasa walaupun tak sehebat penulis-penulis lain.
Walaupun kini, begitu banyak penulis-penulis seperti aku yang menggunakan blog sebagai medium untuk mereka memaparkan ataupun mengasah kebolehan yang ada. Tujuan aku menulis ini bukan untuk mendapat kepingan wang dan sanjungan daripada mana-mana pihak. Ianya lebih kepada rasa hati yang ingin berkongsi tentang kehidupan yang ada di dunia ini. Mungkin ada persamaan ataupun perbezaan untuk kita pelajari.
Ada juga dikalangan kita menggunakan blog sebegini sebagai sumber rezeki dan sumber untuk mendapat populariti dengan cara tak sengaja dan yang paling mudah kerana tidak memerlukan prosuder ataupun birokrasi dari pelbagai pihak untuk mendapat apa yang kita ingini.
Aku rasa berblog ini cukup mudah dan santai tanpa apa-apa tekanan dan paksaan untuk kita membuatnya. Tapi awas, dari penulisan kita yang mungkin merobek hati orang lain boleh menyebabkan risiko perundangan serta kewangan ke atas penulis blog.
Namun kebebasan untuk menulis perlu ada hadnya dan kena menulis dengan mata hati bukannya dengan semangat kemarahan dan dendam.
Niat yang ingin untuk kita sampaikan agar manusia mendapat kebaikan dari kita dan bukannya keburukan dari tulisan kita.
No comments:
Post a Comment