(Masa
buat n3 ni tengah dengar lagu Megadeth, Countdown To Extinction)
SATU jemaah dari Kuching telah dihantar
untuk membuat usaha di Limbang selama 40 hari hasil daripada Istimak Kuching
pada 13 - 15 Jun 2012 yang terdiri daripada golongan berumur seramai 8 orang.
Jemaah ini istimewa sikit sebab kebanyakkan mereka dah berumur tapi kuat buat
usaha. Paling tua dikalangan mereka berumur 84 tahun iaitu Tuan Hj. Abd. Fatah
dan jemaah ini diketuai oleh Tuan Hj. Khaider, Syura Kuching.
Route yang ditetapkan ke tempat yang tidak
boleh dimasuki oleh jemaah sebelum ini dan hasilnya surau-surau yang tidak
boleh dimasuki dapat diusahakan oleh jemaah ini.
Yang aku nak ceritakan dalam jemaah ini
adalah mengenai Tuan Hj. Abd. Fatah, yang berkebolehan dalam berpantun. Dengar
sejarah hidupnya, beliau merupakan dari kaum Melanau yang tiada agama iaitu
disebut sebagai "leko" ataupun athiesme. Selepas itu beliau mengambil
Kristian sebagai agamanya dan pada penghujung umur 50'an, beliau telah
mengambil Islam sebagai agamanya dan sehingga sekarang.
Dikatakan juga, semasa beliau masih dalam
Kristian merupakan paderi dan hebat berpantun semasa majlis
"bertandak" (satu majlis bagi orang Sarawak semasa majlis
perkahwinan, di mana diadakan satu majlis bergendang pada sebelah malam, dalam
majlis tersebut ada pukulan gendang dan pihak lelaki akan "bertandak"
atau berjoget mengikut gendang sambil berbalas pantun dengan si pengendang).
Sebenarnya, aku tertarik dengan pantun
yang dibuat oleh Tuan Hj. Abd. Fatah ini secara sepontan, cuma untuk kita
renung-renungkan bagaimana warisan budaya melayu yang digunakan oleh kita dulu
telah diinovasikan dan dikreatifkan semula oleh Tuan Hj. Abd. Fatah dalam usaha
agama ini.
Pantun 1
Kalau tuan baca Al-Quran,
Jangan lupa baca Fatihah,
Kalau tuan hendak iman,
Tuan ikut orang dakwah.
Pantun 2
Pulau Pinang, Pulau Tioman,
Dekat dengan Pulau Langkawi,
Bukan senang cari Iman,
Sekurang-kurangnya 40 hari.
Pantun 3
Hang Tuah, Hang Jebat,
Dua-dua sama pahlawan,
Orang dakwah memang hebat,
Tekan nafsu keluar 4 bulan.
Pantun 4
Apa guna tanam rumput,
Rumput tumbuh atas tanah,
Apa guna simpan janggut,
Tak mahu buat dakwah.
Pantun 5
Itu guna tanam rumput,
Rumput tumbuh atas bumi,
Itu guna simpan janggut,
Kita hidup sunnah nabi.
pantun mantap
ReplyDelete