Sunday, July 15, 2012

Pantun Dakwah

(Masa buat n3 ni tengah dengar lagu Megadeth, Countdown To Extinction)

SATU jemaah dari Kuching telah dihantar untuk membuat usaha di Limbang selama 40 hari hasil daripada Istimak Kuching pada 13 - 15 Jun 2012 yang terdiri daripada golongan berumur seramai 8 orang. Jemaah ini istimewa sikit sebab kebanyakkan mereka dah berumur tapi kuat buat usaha. Paling tua dikalangan mereka berumur 84 tahun iaitu Tuan Hj. Abd. Fatah dan jemaah ini diketuai oleh Tuan Hj. Khaider, Syura Kuching.

Route yang ditetapkan ke tempat yang tidak boleh dimasuki oleh jemaah sebelum ini dan hasilnya surau-surau yang tidak boleh dimasuki dapat diusahakan oleh jemaah ini.

Yang aku nak ceritakan dalam jemaah ini adalah mengenai Tuan Hj. Abd. Fatah, yang berkebolehan dalam berpantun. Dengar sejarah hidupnya, beliau merupakan dari kaum Melanau yang tiada agama iaitu disebut sebagai "leko" ataupun athiesme. Selepas itu beliau mengambil Kristian sebagai agamanya dan pada penghujung umur 50'an, beliau telah mengambil Islam sebagai agamanya dan sehingga sekarang.

Dikatakan juga, semasa beliau masih dalam Kristian merupakan paderi dan hebat berpantun semasa majlis "bertandak" (satu majlis bagi orang Sarawak semasa majlis perkahwinan, di mana diadakan satu majlis bergendang pada sebelah malam, dalam majlis tersebut ada pukulan gendang dan pihak lelaki akan "bertandak" atau berjoget mengikut gendang sambil berbalas pantun dengan si pengendang).

Sebenarnya, aku tertarik dengan pantun yang dibuat oleh Tuan Hj. Abd. Fatah ini secara sepontan, cuma untuk kita renung-renungkan bagaimana warisan budaya melayu yang digunakan oleh kita dulu telah diinovasikan dan dikreatifkan semula oleh Tuan Hj. Abd. Fatah dalam usaha agama ini.

Pantun 1

Kalau tuan baca Al-Quran,
Jangan lupa baca Fatihah,
Kalau tuan hendak iman,
Tuan ikut orang dakwah.

Pantun 2

Pulau Pinang, Pulau Tioman,
Dekat dengan Pulau Langkawi,
Bukan senang cari Iman,
Sekurang-kurangnya 40 hari.

Pantun 3

Hang Tuah, Hang Jebat,
Dua-dua sama pahlawan,
Orang dakwah memang hebat,
Tekan nafsu keluar 4 bulan.

Pantun 4

Apa guna tanam rumput,
Rumput tumbuh atas tanah,
Apa guna simpan janggut,
Tak mahu buat dakwah.

Pantun 5

Itu guna tanam rumput,
Rumput tumbuh atas bumi,
Itu guna simpan janggut,
Kita hidup sunnah nabi.

1 comment:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...