Petang itu seperti biasa, saya dan teman memesan minuman kegemaran masing-masing. Tak semena-mena terkeluar dari mulut teman tentang poligami, jadi berceritalah tentang perkara yang amat digemari oleh kaum lelaki ini. Bila makcik tu terdengar akan perbualan kami berdua, makcik tu menyampuk apa yang kami perbualkan, "...lelaki yang tak berani poligami, lelaki dayus" kata makcik tu dengan selamba. Sekarang ni tambah makcik tu, isteri lebih suka suaminya simpan perempuan lain tapi tak bagi suami kahwin lagi, ini semua nak ikut cara orang bukan Islam, tak takut dosa, tak nak amal sunnah nabi saw, sepatutnya isteri tu benarkan suaminya kahwin lagi untuk mengelak perzinaan. Lepas tu, makcik memberi kelebihan tentang berpoligami lagi.
Saya dan teman hanya terdiam sahaja mendengar apa yang diperkatakan oleh makcik tadi. Sebenarnya, apa yang dicakap oleh makcik tu ada kebenarannya, dalam keadaan wanita yang semakin ramai dari lelaki perlu untuk sunnah poligami ini diamalkan bagi mengelak penyakit-penyakit sosial terus merebak. Banyak sebenarnya lagi kebaikan apabila kita amalkan sunnah dalam kehidupan kita dan merupakan penyelesaian kepada kemunduran manusia yang semakin menebal dalam kehidupan manusia masakini.
Makcik tadi yang begitu bersemangat bercerita tentang poligami menyebabkan saya rasa kagum akan keterbukaan beliau tentang bab poligami ni. Jarang sekali kita mendengar kaum hawa yang begitu menyokong bab poligami ni, kalau adapun kita dengar banyak yang menentang tentang poligami dan yang berpoligamipun bukan atas kerelaan hati dan nak amalkan sunnah nabi saw.
Sebahagian kecil sahaja kaum wanita yang begitu yakin dengan amalan sunnah ini membawa kejayaan dalam kehidupan mereka dunia dan akhirat. Insya Allah marilah kita amalkan sunnah nabi saw seratus peratus dalam kehidupan kita.
No comments:
Post a Comment