Hari bagaikan berlari begitu cepat, kita terasa semakin kesuntukkan masa. Masa semakin pendek dan panjang bagi sesetengah orang. Adakah kita terfikir akan perkara ini? Keberkatan masa akan Allah swt bagi kepada hambanya bertaqwa yang mempunyai masa yang panjang dan pendek bagi yang jauh dari Allah swt.
Setiap manusia Allah swt peruntukaan masa 24 jam sehari, namun kelapangan masa akan Allah berikan terhadap hambanya yang taat dan dekat dengan Allah swt. Di mana dengan masa yang diperuntukan, seseorang boleh memanfaatkan dengan memperolehi pelbagai keperluan harian dan ibadat dengan secukupnya dengan kuantiti dan kualiti serta berkat. Umpamanya, keberkatan bagi seseorang Allah bagi dengan mempermudahkan setiap kerja-kerja yang dapat disiapkan dengan masa yang singkat dan dapat mempelbagaikan kerja dalam tempoh 24 jam tersebut. Ia juga disertai dengan amalan-amalan yang mendekatkan diri dengan Allah swt, iaitu dapat menjalani ibadah-ibadah seperti solah-solah sunat, berzikir, tilawah Al Quran, konsisten dalam mengamalkan sunnah Rasulullah saw dan mempelajari ilmu-ilmu selain mengamalkann ibadah-ibadah khusus.
Bagi hambanya yang jauh dari taufik Allah swt, masa bagi seseorang itu begitu pendek dan sempit. Bagaikan masa 24 jam tidak dapat untuk memenuhi tuntutan keperluan harian dan sentiasa tertangguh. Kuantiti dan kualiti masa sentiasa menjarakkan diri dari seseorang yang jauh dari Allah swt serta nilai keberkatan tiada wujud dalam lapangan kehidupan yang dihadapi seharian. Ketakutan dan kekecewaan sering mengiringi kehidupan seseorang mejadikan setiap detik dalam hidupnya seolah-olah menghimpit dirinya. Putus asa akan sering meniti dalam kehidupan seharian kerana beranggapan setiap perkara yang dilalui sering mendatangkan kedukacitaan jika tidak dapat digapai apa yang dihajati.
Kesan buruk yang berpanjangan jika tidak menggunakan masa dengan landasan yang betul, boleh menjebakkan diri seseorang kearah menjauhkan diri dengan yang Maha Pencipta dan Maha Pemelihara seluruh makhluk iaitu Allah swt.
Allah swt boleh menyempitkan dan meluaskan masa serta kehidupan seseorang dengan kehendakkan Allah swt. Oleh itu dekatilah Allah swt dan pasti Allah swt akan lebih dekat lagi dengan hamba-hambanya. Taatilah perintah-perintah Allah swt dan amalkanlah sunnah-sunnah Rasulullah saw, pasti Allah swt akan memberi kejayaan dalam kehidupan seseorang di dunia dan akhirat.
Masa seumpama sebilah pedang, jika tidak pandai menggunakan dengan sebetulnya, ia boleh mendatangkan mudarat kepada pemakainya. Begitulah perumpama masa yang tidak digunakan dengan sebaik-baik akan mendatangkan kemudaratan di masa mendatang. Ia juga boleh diumpamakan ketulan ais, jika ketulan ais di letak dalam gelas ia boleh memberi manfaat kepada orang ramai dengan dapat minum. Jika dibiarkan di atas meja, ais akan cair dan tidak mendatangkan manfaat kepada orang ramai.
Uruskan masa dengan baik mengikut kehendakkan Allah swt agar perjalanan kehidupan kita dapat berterusan sehingga ke alam akhirat. Masa yang terhad Allah swt peruntukan untuk kita semua, haruslah dipenuhi dengan warna-warna kesukaan Allah swt dan Rasulullah saw serta acuan kehidupa para sahabat Nabi saw.
Wallahu A'lam.
No comments:
Post a Comment