Friday, August 28, 2009

Keadilan...



Di merata dunia sejak dulu hingga kini, keadilan sering ditagih oleh setiap insan. Tak kira bangsa, agama dan kedudukan meluahkan rasa ketidakadilan sering dirobak dengan rakusnya. Sekeliling kita, luahan tentang keadilan sering didengari dan mudah dibeli dengan harta, pangkat dan kuasa hinggakan keadilan tiada lagi.
Pelbagai cara luahan yang diwujudkan bagi memprotes keadaan ketidakadilan yang berlaku di serata dunia, dengan cara berkarya (seperti penulisan, lakonan, nyanyian) berperang, demo.., berdebat dan pelbagai lagi. Kewujudan ketidakadilan ini bila penindasan pihak yang mempunyai kuasa, harta dan pangkat ke atas golongan bawahan yang lemah dari pelbagai sudut maka tercetus rasa marah dan dendam antara dua golongan ini.
Jika kita kembali ke zaman kegemilangan Islam iaitu zaman Nabi Muhammad saw serta sahabat-sahabat ra, kewujudan tentang keadilan begitu dirasai oleh masyarakat pada masa tersebut. Lantas tiada pemprotesan berlaku dalam zaman kegemilangan tersebut.
Ramuan yang diolah oleh Nabi Muhammad saw serta sahabat-sahabat ra inilah yang perlu kita gunakan untuk mencorak kehidupan kita, keluarga, masyarakat dan umat amnya. Jadikan sahabat-sahabat ra sebagai iktibak (ikutan) dalam kehidupan kita agar tiada lagi ketidakadilan yang dilaungkan.
Keadilan yang mutlak hanyalah di sisi Allah swt.


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...