Thursday, August 13, 2009

Keikhlasan...

Saya terkesan dengan ayat ini, ia hanya ayat yang biasa tetapi jika dihalusi maksud boleh memberi kesan terhadap kehidupan seseorang di alam akhirat...
Iaitu....apabila seseorang senang dengan pujian yang diterima dari orang dan sakit atas kejian yang diterima menunjukkan seseorang itu mempunyai kepentingan peribadi...dan tanda tersebut menunjukkan kita tidak ikhlas membuat sesuatu kebaikan... adakah kita pernah mengalami perasaan sebegini dalam menjalani kehidupan kita? ...muhasabahkan diri kita...
Kita membuat sesuatu amalan hanyalah untuk menyukakan Allah swt bukannya manusia, jika kita membuat sesuatu amalan kerana Allah swt tiada wujud perasaan senang dan sakit di hati kita dan yang tersarang dalam hati kita hanyalah harap dan takut...serta penerimaan dari Allah swt amat didambakan.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...