Bila nak menaiki Komuter, aku kena berebut-rebut, bila nak naik Baspun aku kena berebut-rebut, bila nak naik Van, kena berebut juga, nak naik kapal terbangpun nak berebut juga...ini situasi yang ada di Malaysia ni, semua nak berebut. Kalau pergi ke jabatan kerajaan, terutamanya, Jabatan Imegresen, pagi-pagi lagi dah orang berbaris, berbaris nak masuk ke pintu utama, bukan nak ambil tiket, nak masuk dalam pejabat tu.
Apa sebenarnya yang menyebabkan perkara ini berlaku? Semua nak berebut dulu, semua tak nak yang terkemudian. Semua nak cepat, semua nak dulu..Adakah ini disebabkan sistem kaunter yang lemah menyebabkan masih ada lagi orang berebut-rebut nak dulu atau kebekesanan perkhidmatan yang dihulurkan masih lagi di tahap yang tidak cemerlang...sekarang ini tagline yang digunakan "...rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan.."
Cuma satu tempat sahaja yang manusia-manusia ini tak berebut nak pergi....Masjid dan Surau...
Mengapa ya, mereka ini tak berebut ke masjid dan surau....masjid sekarang cantik-cantik lagi tapi penghuninya tak datang dengan berebut-rebut...
Ada kontraktor nak rennovate masjid :-
ReplyDelete