Saturday, March 6, 2010

Nak Pusing-Pusing Di Mana?

     Jika ke Kuching, Sarawak kita akan tengok begitu banyak sekali "roundabout" atau bulatan, sehingga tak terhitung jumlah sebenar berapa bulatan yang terdapat di bandar Kuching ini. Ada yang besar, yang boleh untuk dibuat sebuah bangunan, rumah, taman bunga dan berbagai lagi dan juga bulatan yang kecil-kecil. Kalau melalui jalan-jalan di bandaraya Kuching ini memang kerap terjumpa bulatan ini, kena tawaflah atau pusing-pusing. Dan tidak salah kita nobatkan Kuching atau mana-mana bahagian di Sarawak ini sememangnya begitu menyukai bulatan-bulatan sebagai Raja bulatan.

    Tak pasti berapa kos yang diperlukan untuk membina kesemua bulatan ini dari segi penyelenggaraannya dan banyak lagi. Tapi, kalau kita berpusing-pusing di bulatan ini seronok juga. Adakah bulatan sebegini dibuat untuk kecantikkan, keseronokan atau memudahkan perjalanan kereta yang berada di jalan-jalan ataupun bagi mengelakkan kesesakan kereta-kereta? Bagi bandaraya Kuching mungkin terdapatnya bulatan yang banyak ini memberi permasalahan dari segi kesesakan lalulintas, dan masih relevenkah bulatan di bandaraya Kuching sekarang ini dengan kenderaan yang semakin bertambah dan pembangunan yang semakin berkembang biak di sini? Kalau kita lihat atau tinjau keadaan geografi negeri Sarawak ia begitu luas terutamanya tanahnya yang masih belum lagi diterokai sepenuhnya. Dari sudut sebegini harus juga bulatan ini dibuat untuk memenuhi setiap inci tanah di Kuching dengan pelbagai landskap yang memungkinkan mendatangkan keindahan dan kecantikan bagi bandaraya Kuching.

     Kalau kita mencari akan sudut yang lain lagi iaitu sudut kos ataupun perbelanjaan atas pembinaan bulatan ini, adakah berbaloi dengan kemasukan wang yang diperolehi atas pembinaan akan bulatan itu? Dengan keluasan tanah yang besar digunakan untuk pembinaan bulatan yang digunakan oleh pemandu kereta, penunggang motosikal, lori, bas dan banyak lagi kenderaan yang sentiasa bergerak. Ia lebih untuk memberi perkhidmatan kepada pengguna-pengguna jalan raya dan belum ada lagi pembayaran yang dikenakan ke atas pemandu-pemandu yang melalui bulatan ini. Namun, adakah ia akan terus dibuat untuk masa akan datang memandangkan apa yang terlihat pada masa kini ia tidak mendatangkan keuntungan dan lebih kepada tanggungan. Dari sudut penjimatan masa bagi pemandu-pemandu mungkin tidak, kerana kesesakan yang berlaku mendatangkan kelambatan dan kelewatan yang menjejaskan kehidupan sediada. Dengan kata lain ia tidak ekonomik lagi dan juga tidak mesra alam dan tidak mesra wang dan banyak lagi kemesraan yang akan terjejas asbab perkara ini.

     Dalam Islam, ada 3 pusingan yag disukai oleh Allah swt : 1. Pusingan para Malaikat di Baitul Makmur; 2. Pusingan jemaah Haji di Baitullah; dan 3. Pusingan orang-orang yang berkunjung dari rumah ke rumah semata-mata kerana Allah swt dan ia menjanjikan kenikmatan yang berpanjangan di dunia dan akhirat. Moral yang ingin diketengahkan di sini adalah buatlah pusingan yang bermanafaat untuk kebaikan di dunia dan akhirat kita.
    

5 comments:

  1. Assalamualaikum, jemaah kami nak ke Pontianak macam mana nak pergi Pontianak, flight air asia dan Mas tidak ada, jadi bagaimana nak pergi. yg saya tahu naik bas dari Kucing to pontianak tapi kami jemaah masturat, agak mujahadah kerana kami semua dah veteran 15hari saja, ok tolong bagitau

    ReplyDelete
  2. Walaikumusalam, kalau ikut memang kena pakai bas lah cikgu, sebab tu saja pengangkutan dari Kuching ke Pontianak, tapi saya syorkan, cikgu contact orang tanggungjawab masturat kuching ; Cikgu Jamali hp 0198271301, Insya Allah, semoga Allah permudahkan

    ReplyDelete
  3. Maaf cikgu, telefon c. Jamali dah x aktif, ni tel hj. Khaider 0138157057

    ReplyDelete
  4. Jazakallah, tak apa saya akan masuk dalam N3 saya semuga Allah mudahkan perjalanan kami

    ReplyDelete
  5. tapi bas ke pontianak agak selesa

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...