Kalau kita menonton filem P. Ramlee tentang madu tiga, lucu, tauladanpun ada, kebijaksanaan perlu juga ada bagi menangani madu-madu ini (P. Ramlee menggunakan filem ini untuk menggambarkan keadaan zaman itupun poligami masih ditentang lagi, namun kesudahan kesemua isterinya menerima realiti bahawa poligami ini perlu bagi menyelesaikan masalah lelaki yang memerlukan wanita di sekelilingnya namun dengan cara yang betul) dan penting sekali berpoligami ini, kekuatan agama perlu ada dalam diri lelaki itu, yang boleh untuk menyatukan madu-madu ini. Sebuah bidalan, "Kalau nak satukan kertas kita kena gunakan gam, nak satukan bata-bata kena ada simennya dan nak satukan hati-hati manusia ini, kena amal sunnah Nabi Muhammad s.a.w."
Sebenarnya ingin benar aku menceritakan tentang perkara yang masih asing lagi dalam masyarakat kita ini, iaitu poligami berkali-kali agar menampakkan kebaikan perintah Allah s.w.t. ini dan diterima dengan senang dan tenang hati di kalangan wanita-wanita. Cuma, perkara ini semakin kurang enak didengar dengan perlakuan si pengamal poligami ini, (segelintir di kalangan mereka).
Jadi, cuba kita tinjau keadaan semasa sekarang ini, aku, jika minum atau sarapan biasanya di kedai mamak, masa duduk di situpun suasana di kedai makan penuh dengan gadis-gadis, wanita-wanita dan hanya kurang sikit lelaki dan biasanya yang jadi pelayan di kedai minum sekarang ini, kebanyakannya lelaki..kalau dulu pelayannya perempuan. Kita telah nampak suasana di situ penuh dengan wanita dan gadis-gadis, jadi macamana ya.. kebanyakan mereka-mereka ini berkerjaya, manakala lelaki-lelaki pula berkerjaya juga tapi rendah pangkatnya - tak semuanya - (macam antara dua darjat, tak sepadan langsung jika nak disesuaikan dengan wanita-wanita sekarang ini, ada jodoh Insya Allah)
Bila aku masuk pejabat, dikelilingi pula oleh bunga-bunga pula, hampir 60 - 70 % mereka-mereka ini yang berkerja di pejabat..mana perginya lelaki-lelaki ini, nak dikatakan pupus tak juga, di mana ya mereka-mereka ini (lelaki) ? Tak salah aku, gambaran bahawa kehidupan kita ini dikelilingi oleh bunga-bunga yang beraneka warna dan rupa, merupakan contoh-contoh yang akan kita tempuhi di alam akhirat kelak, di mana seorang lelaki di Syurga akan memiliki paling kurang bidadari 70,000 orang, mampukah kita nak hadapi bidadari sebanyak itu? (Tapi tak dapatlah nak kita gambarkan keadaan di Syurga sebab di Syurga begitu indah sekali dan sukar nak digambarkan dengan pemikiran kita yang terbatas ini) Dan sekarang alam dunia dah berlaku perkara seperti itu, tak hairanlah dunia ini merupakan bayangan akhirat.
Sekarang ini kita dah lihat di sekitar kita dipenuhi dengan wanita-wanita, aku dan lelaki-lelaki yang Allah masih kekalkan kita di dunia ini, apakah peranan kita terhadap wanita-wanita ini? Ada antara mereka yang masih membujang, mengapai usia dengan hidup tanpa belaian seorang lelaki, malah tempat pergantungan yang sempurna adalah di sisi seorang lelaki (bagi lelaki yang betul-betul warak, macamana ya nak ukur kewarakan seseorang itu?) Adakah juga timbul persoalan dalam diri wanita itu, bahawa kurangnya lelaki yang berkelayakan menyebabkan mereka sanggup membujang sampai ke tua, tak sanggup nak berpoligami dengan alasan tiada lelaki yang betul-betul warak ataupun tak berkeyakinan dengan kelelakian lelaki sekarang ini?
Ataupun juga berlakunya ketidakadilan di kalangan lelaki ini? Keadilan, adil macamana nak kita tunjukan? Adakah adil ini jika seorang lelaki berkahwin dua contohnya dia bagi seorang isteri sebuah rumah dan seorang lagi sebuah rumah yang sama baru dikatakan adil. Apakah itu adil di mata wanita itu? Bagi aku adil itu begitu subjektif, ia dapat diadili dengan keadaan seseorang itu dengan kemampuan yang ada dalam dirinya. Contohnya, Allah anugerahkan si A dengan kekayaan dan si B dengan kemiskinan, kekayaan yang dianugaerahkan kepada si A kerana Allah melihat akan kemampuan si A untuk mengendalikan kekayaan yang dianugaerahkan itu. Bagi si B, mungkin dia tidak mampu mengendalikan kekayaan itu dan mungkin boleh menyebabkan si B lalai dari perintah Allah, dan Allah anugerah kemiskinan kerana kemampuan si B untuk mengendalikan kemiskinan yang ada. Situasi begitu memberi keadilan untuk si A dan si B, sebab mampu dan redha dengan keadaan tersebut. Ataupun lebih mudah lagi, kita lihat jari-jari tangan kita, ia tak sama panjang, namun dalam sesuatu keadaan setiap jari itu memberi peranan yang berbeza-beza. Jadi, keadilan di sisi Allah adalah anugerah yang Allah berikan kepada seseorang bergantung kepada keadaan dan kemampuan seseorang itu.(pemahaman tentang keadilan ini tidak berdasarkan kepada sama banyak tapi berdasarkan kemampuan seseorang)
Ataupun, sememangnya sifat semulajadi wanita itu sendiri tak nak berkongsi kasih terutamanya berkongsi suami, si suami hanya milik mereka seorang sahaja? Aku ada terbaca sebuah entri di sebuah blog...kurang lebih tulisannya.."suami bukan untuk dimiliki tapi untuk dikongsi" . Adakah lelaki yang ada di dunia ini hanya untuk seorang wanita sahaja? Tapi mengapa ada diturunkan ayat tentang perlunya untuk lelaki berkahwin lebih dari satu iaitu paling maksimum empat orang?
Apa yang perlu untuk kita buat, melihat akan keadaan yang aku ketengahkan ini...adakah membiarkan wanita-wanita ini menjadi wanita-wanita yang terakhir...atau nak jadikan mereka ini sebagai wanita simpanan tanpa sah...atau takut dengan bini? Mungkin aku dan lelaki-lelaki yang ada ini, perlu buat persiapan atas Iman dan Amal dan juga sediakan isteri-isteri kita untuk membuat persiapan atas Iman dan Amal juga dan pasti ia penyelesaian kepada apa yang berlaku sekarang ini..
No comments:
Post a Comment