Monday, March 22, 2010

Maksiat Demi Maksiat Akan Muncul. Yang Tunduk Kepadanya Akan Terjerumus Dan Yang Menolaknya Akan Terselamat

     Telah diriwayatkan daripada Huzaifah r. 'anhu bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda : "Maksiat akan menjalin ke dalam hati seumpama jerami tikar. Jikalau hati manusia menerimanya, maka bintik hitam akan terlekat pada hatinya. Maksiat demi maksiat akan muncul lagi dan apabila hatinya menerimanya terus menerus maka hatinya akan menjadi hitam semuanya. Tetapi jikalau hati tidak menerimanya, maka bintik putih akan muncul sehinggalah manusia akan terbahagi dua ; Satu golongan manusia yang mempunyai hati sejernih marmar. Tidak ada satu maksiat pun yang akan memudharatkan golongan ini sehingga ke Hari Kiamat. Satu golongan lain adalah yang mempunyai hati yang hitam seumpama bontot belanga diterbalikkan ke atas. Hati mereka juga diterbalikkan. Mereka tidak mengenal amalan soleh dan tidak menganggap maksiat itu sebagai maksiat. Ikutan mereka hanyalah hawa nafsu dan terus menerus menurutinya.
(Bukhari)

     Di dalam Hadis lain diriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda : "Maksiat buta, pekak dan bisu akan muncul. Orang yang pergi melihatnya akan terjerumus ke dalamnya dan pada masa itu, lidah akan bertindak seumpama pedang."
(Abu Daud)

Catatan
     Seorang yang dikuasai oleh hawa nafsunya (perlakuan khianat, besar diri dan pendusta) mengenainya Rasulullah s.a.w. bersabda bahawa sama ada sewaktu dia duduk atau bangun, sedang berjalan atau tidur tidaklah apa-apa yang dilihat di depan mataya melainkan hawa nafsunya sendiri.

     Alasannya ialah sekali seorang itu terbabit di dalam kemaksiatan dan merasainya dan makanan haram yang diambil sebagai makanan yang memasuki perutnya, maka maksiat demi maksiat akan menjengul melalui jalan yang sama. Tidak ada rasa ragu-ragu di dalam hatinya untuk melakukan khianat, pecah amanah dan menyalahgunakan wang serta berdusta.
  
     Hari demi hari dia akan terus meningkat di dalam tabiatnya ini terus-terusanlah dia melakukan dosa. Akibatnya ialah sepertimana bekas air yang ditelangkupkan sehingga tidak ada setitis pun air yang tinggal begitulah terjadi kepada hati yang kosong daripada sikap amanah dan iman. Di dalam bahasa Gujerat dia dikatakan 'sedang memakai cermin mata terbalik."

     Seumpama seorang yang matanya terkena penyakit kuning, segala yang dipandangnya semuanya kuning belaka. Orang jenis ini akan menganggap solat, puasa, zakat dan hak-hak masjid, madrasah, anak yatim dan janda sebagai salah.

     Begitulah juga sikapnya terhadap kejujuran dan amanah. Dia akan menganggap suatu yang baik apabila dapat menimbulkan sikap ragu-ragu dan penentangan terhadap Para Sahabat, Aulia Allah, Fuqahak, malahan sampai kepada Nabi-nabi Allah. Setiap perkara yang baik dan cerdas akan nampak kepadanya tertonggeng ke bawah dan apabila melintas sahaja perkara-perkara maksiat maka hatinya lantas sahaja menyetujuinya lalu kegelapan pun menyelubunginya.

     Tercatat di dalam sebuah hadis yang lain bahawa hati tersebut akan diselubungi dengan maksiat; yakni hati tersebut akan dicap lalu matinya di dalam keadaan kufur bukan lagi beriman.

     Berbeza dengan keadaan orang tadi, seorang yang tidak tunduk kepada kemaksiatan akan memperolehi hati yang putih dan setiap kali maksiat yang datang selepasnya maka dengan sebab kekuatan dan keupayaan iman yang telah tertanam di dalam hatinya, maka ketahuilah dia bahawa akan maksiat-maksiat tersebut lantas mengelak daripadanya. Dengan ini hatinya pun akan menjadi putih seperti marmar. Dengan kurniaan Allah melalui rahmat dan kasih sayang-Nya, maka dia akan terselamat daripada segala tipudayanya.

     Demikianlah, pada zaman ini dapatlah anda memahami bahawa ramai manusia yang menyanjungi iman dan agama tetapi lantaran terjebak di dalam kemaksiatan dan terus berkeadaan demikian dengan melakukan satu demi satu dosa sehinggalan mengurangi daya ketahanan iman mereka. Ramai pendakwa kebaikan yang terbabit di dalamnya. Mereka tidak mempunyai lain perkerjaan atau masa lapang melainkan mencela dan mencaci. Mereka daripada jenis inilah yang dimaksudkan oleh Rasulullah s.a.w. bahawa : "Hati-hati mereka telah mati lantaran kemaksiatan." (Hadis)


     Sebagaimana maut menjengah maka roh pun tercabut daripada jasad maka pembabitan dan pertautan kita dengan dosa, langsung membunuh rohani. Akibatnya setiap yang buruk nampak baik sahaja baginya. Misalnya, seorang yang terpaut dengan nyanyian dan tarian, lambat laun akan tertaut dengan keburukan yang terjadi daripada radio, TV drama, perzinaan, perjudian dan sukan lalu menganggapi perkara-perkara ini sebagai halal.

     Contoh yang lain ialah seorang yang makan harta haram dan tidak membayar zakat akan sanggup memakan harta zakat orang lain juga yang akan menjadikannya sebagai wakil. Atas alasan masjid, madrasah, waqaf dia akan mengeluarkan bil-bil palsu untuk memungut derma bagi tujuan persendirian lalu menyalahgunakan harta anak-anak yatim dan janda-janda, dia tidak bermaksud untuk memberi pusaka kepada saudara-saudara perempuannya, dia senang melakukan kecurangan dan penggelapan wang, suka meminjam namun tidak disusuli dengan membayarnya.

     Dia juga akan terbabit dengan perbuatan-perbuatan penipuan, mengumpat, mengkeji, pembawa cerita untuk menfitnah. Ini akan menjadi kerja utamanya siang dan malam dan dia tidak akan berdaya lagi untuk meluluskan dirinya daripada jaringan tersebut.

     Seorang yang terperangkap dengan keangkuhan dan kebanggaan diri, tidak akan terlepas lagi daripadanya untuk selama-lamanya. Dia akan terus mengecam orang lain serta mencari peluang untuk mencari kesalahan mereka. Kesalahan orang lain didedahkannya tetapi kesalahan diri sendiri disembunyikannya. Inilah pekerjaannya siang dan malam untuk menghabiskan masa luangnya seolah-olah inilah makanan hariannya. Lantaran daya tahan imannya semakin merosot, maka hatinya pun diselaputi sepenuhnya dengan warna hitam. Semoga Allah melindungi kita!

     Berbeza sekali dengan keadaan mereka , masih ada orang-orang yang soleh yang tetap melakukan amalan-amalan baik. Mereka tetap melaksanakan hak Allah dan hak hamba-hamba Allah sambil melakukan kerja yang besar dan kecil. Anak-anak yatim dan orang-orang yang miskin ditolongi untuk mendapatkan keberkatannya serta menambahkan khazanah amalan baik. Hati orang-orang seperti ini adalah seputih marmar dan sama sekali tidak didorong untuk melakukan dosa. Hatinya menjadi seutuh marmar justeru  amalan-amalan baik yang dilakukannya dan pada masa yang sama menolak kemungkinan maksiat mencerobohnya.

(Bersambung...)

[Meniti Debaran Zaman, Bab 42]



3 comments:

  1. Jazaka Allah KHir atas nasihat/doa abg di blog saya Alhamdulillah

    mdh2an mudah urusan sy utk bernikah Insya Allah

    ReplyDelete
  2. FakirFikir...teruslah berfikir,

    Hainur Hapis...bermulanya usaha agama dalam diri apabila berumahtangga..carilah tangga itu..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...