Wednesday, August 25, 2010

Persoalan Tentang Suasana

PENULISAN yang berlaku kekadang terdorong oleh suasana yang berlaku di sekitar kita. Suasana puasa, orang akan terdorong bagaimana nak tulis tentang suasana puasa yang sedang berlaku pada masa itu. Aku tak pasti, adakah ia memang dah terpahat dalam minda penulis-penulis semua, bahawa perlu tulis tentang suasana yang sedang berlaku atau pemikiran masyarakat pada masa itu dah terfokus dengan suasana yang berlaku pada waktu itu lantas mengajak si penulis untuk menulis apa yang berlaku pada masa itu.

Ataupun, suasana yang ada mungkin menambahkan lagi minat untuk si pembaca untuk membaca apa yang berlaku pada masa itu, jadi si penulis nak juga penulisan mereka disinggahi oleh pembaca yang inginkan cerita yang ada suasananya.

Ataupun, si pembaca inginkan sesuatu yang baru dari yang telah mereka baca sebelumnya, jadi ia ada nilai masa dan perwatakannya serta lokasinya dengan dihidangi dengan tulisan yang tarikhya pada waktu itu dengan berlanskapkan watak dan lokasi yang berbeza.

Bagi aku, suasana yang terjadi itu hanyalah ulangan dan ia akan terus berulangan selagi dunia ini masih Allah kekalkan. Cuma yang membezakan hanyalah watak-watak yang berlainan dan tarikh-tarikh yang dah berubah dari hari ke hari. Suasananya masih lagi sama dan serupa.

Maksudnya bahawa cerita/filem yang sama, cuma tarikh cerita/filem itu dibuat berlainan, watak yang berlainan dan lokasi yang berlainan jadi ia nampak segar dengan solekan yang menarik.

Begitulah adanya kebanyakan penulisan yang berlaku, perkara yang sama akan diulangi, contohnya suasana solat sunat tarawih, bazar Ramadhan yang menjual pelbagai kuih muih, orang tidak berpuasa, yang membuat maksiat di bulan puasa, para artis akan membuat program masak-masak pada bulan ramadhan, terdapatnya hotel-hotel yang mensajikan makanan yang tidak halal bagi berbuka puasa, budak yang cedera kena mercun buatan sendiri, kemalangan jalanraya, kisah sedih si miskin yang perlu ditolongi dan banyak lagi cerita-cerita yang berkaitan dengan perihal pada bulan puasa.

Mungkin nak tunjukkan kepada kita bahawa pada bulan itu akan berlaku cerita-cerita sebegitu dan jika beralih bulan berikutnya akan berlaku pula  cerita-cerita lain. Adakah begitu kejadian berlaku berdasarkan bulan-bulan yang ada atau suasana? Dan penulis-penulis pula mengambil kesempatan yang ada untuk menulis penulisan mereka berdasarkan suasana yang berlaku pada masa itu kerana ada nilai untuk dibaca oleh pembaca.

Yang aku nak fokuskan adalah perkataan suasana, adakah dengan ada suasana semua perkara di dunia ini akan berwarna tanpa suasana dunia ini tak berwarna?

Atau lebih dekat dengan perkataan suasana adalah persekitaran. Maknanya persekitaran kita yang membentuk keadaan masyarakat kita, kalau persekitaran pada masa itu persekitaran maksiat, maka orang akan membuat maksiat. Jika persekitaran pada masa itu penuh dengan ibadat, maka orag akan beribadat semuanya.

Tapi jika kita lihat keadaan yang aku katakan tadi, iaitu pada bulan puasa berlaku keadaan yang berbagai-bagai, ada yang beribadat, ada yang berniaga, ada pula orang yang bermaksiat dan ada yang kemalangan pada masa itu. Jadi persekitaran yang kita harap kepada rahmat menjadi bermacam-macam perkara yang tak baik berlaku, begitu songsang suasananya.

Yang pasti, kita mudah terkesan dengan suasana di sekitar kita dan atas dorongan suasana yang ada akan memberi pergerakan untuk seseorang melakukan tindakannya.

Persoalannya, adakah perlu untuk kita terkesan dengan suasana(kita dipengaruhi oleh suasana) atau kita yang mewarnai atau mempengaruhi suasana di sekitar kita? Siapakah yang mendominasi siapa, kita atau suasana?

Kita makhluk, suasana pun makhluk, pembentuk mutlak kepada suasana adalah Allah s.w.t., ....noktah.

7 comments:

  1. Kadang2 Allah buat cerita yang sama dalam quran berulang2 kali.. tanda kasih Allah pada hambaNya..

    ReplyDelete
  2. azharjaafar;
    agar kita baca lagi dan lagi perkataan Allah...

    ReplyDelete
  3. cerita yg diulang2 di mulut boleh beri kesan kpd hati

    ReplyDelete
  4. ziarah76;
    dan cerita2 diulang2 yang didengar oleh telinga juga boleh beri kesan kpd hati

    ReplyDelete
  5. Ditempat saya ni,bulan puasalah masa masjid-masjid dipenuhi sehingga terasa juga akan kedatangan bulan mulia ni.Cuma masalahnya, habis ramadan, habis suasana iman dan amal dan habis kosong masjid-masjid....
    Doakan agar dapat dihidupkan amal makami disetiap masjid agar suasana iman dan amal sentiasa dapat diwujudkan sepanjang tahun....

    ReplyDelete
  6. zarch;
    saya dan kita semua kena bergerak, baru suasana iman dan amal akan wujud.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...