KENYATAAN Rasulullah s.a.w.:
“Terdapat dua jenis manusia di kalangan ummatku yang tidak akan memasuki syurga dan tidak sama sekali mencium bau syurga walaupun jarak datangnya haruman syurga itu 500 tahun, iaitu pertamanya ialah mereka yang di tangannya ada tali cambuk menyerupai ekor lembu (yang mereka gunakan secara zalim untuk mencemeti orang ramai). Kedua ialah ramai di antara wanita walaupun mereka memakai pakaian namun kelihatan seperti telanjang. Mereka akan tergoda dengan orang asing dan orang asing akan tergoda dengan mereka. Mereka akan menaikkan tengkuk mereka tatkala berjalan.”
(Muslim Jilid 4)
Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Tidaklah aku tinggalkan selepasku akan fitnah bagi lelaki yang terlebih besar daripada fitnah wanita.”
(Hadis)
Rasulullah s.a.w. menegah lelaki pergi mengunjungi rumah wanita asing. Seorang bertanya kepada baginda, “Walaupun yang pergi itu adik atau abang si suami?” Rasulullah s.a.w. menjawab: “Dia adalah seumpama maut bagi wanita tersebut.”
(Bukhari)
Sebagaimana sukar bagi seseorang itu untuk menyelamatkan dirinya daripada maut, jika seseorang wanita itu tidak mengambil berat dengan purdah (atau aurat) di depan iparnya samada yang tua atau muda maka berkemungkinan besar risiko yang dia akan terjebak ke dalam dosa.
Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Wanita itu adalah sesuatu yang perlu disembunyikan. Jikalau dia keluar, maka syaitan akan memandang kepadanya dan berusaha untuk menyesatkannya.”
(Tirmizi)
Renungilah sabdaan-sabdaan Rasulullah s.a.w. dalam hubungannya dengan keadaan semasa ini. Selain Eropah, Amerika, Kanada dan lain-lainnya apakah keadaan negara kita sekarang ini? Tidak menutupi aurat, langsung tidak ada perasaan malu, tidak bermaruah, pakaian yang terkebawah daripada leher. Yang menampakkan aurat dada dan menampakkan bentuk badan, fesyen rambut yang mempesonakan, penggunaan barang-barang solek yag melampau.
Dengan tingkah laku dan peragaan yang demikian, maka wanita menjadi objek tontonan mata di mana-mana; di kedai-kedai, pawagam, taman-taman dan sebagainya. Kelakuan dan tuju arah beginilah yang disebut oleh Rasulullah s.a.w. bahawa wanita yang sedemikianlah yang condong kearah menggoda orang asing dan orang asing juga tergoda dengan mereka. Fitnah ini semakin meningkat hari demi hari dan akan terus meningkat.
Tetapi kewujudan wanita-wanita yang solehah adalah seumpama satu titik di dalam suatu baldi adalah merupakan satu rahmat.
Adalah diriwayatkan daripada Ummi Salamah r. ‘anha bahawa suatu malam Rasulullah s.a.w. terbangun daripada tidur lalu menyebut “Subhanallah” dan baginda bersabda:
“Berapa banyak fitnah yang telah turun pada malam ini! Berapa banyak khazanah yang telah dibuka pada malam ini! Bangunlah wanita yang ada di dalam ruang lingkup ini kerana kebanyakkan wanita yang berpakaian di dunia ini akan bertelanjangan pada Hari Kiamat!”
(Bukhari Jilid 1, ms. 22)
PENJELASAN
Rahmat Allah turun dan bersama-samanya juga turun kemurkaan-Nya. Apabila rahmat Allah ini digunakan dengan sebaik-baiknya maka dia akan diganjari. Harta dan darjat – dua ini adalah rahmat Allah. Jika seseorang itu membelanjakan daripada hartanya ke atas orang yang fakir dan miskin, janda dan anak-anak yatim, masjid dan madrasah, maka dia akan mendapat ganjaran daripadanya. Tetapi sekiranya anda membelanjakan harta kekayaan anda terhadap perkara-perkara seperti penindasan, menonton wayang, teater, berjudi, perzinaan, kejahatan dan lain-lain amalan yang mendatangkan dosa, pastilah anda akan disiksa.
Rasulullah s.a.w. telah bersabda bahawa:
“Khazanah dunia ini telah dibuka. Maka apa sahaja yang kamu belanjakan daripadanya, kamu akan perolehi samada pahala atau siksa menurut amalanmu.”
Disebabkan wanita pada amnya kurang bijak, mereka membelanjakan sebahagian besar daripada wang untuk perhiasan diri dan ke atas pakaian yang mahal (agar mereka kelihatan mengikut fesyan). Mereka juga membelanjakannya untuk barangan emas dan permata. Mereka memakainya dengan rasa bangga terhadap sesama mereka.
Bagi kedua-dua perbuatan ini yakni mendedahkan bentuk badan mereka melalui baju yang terkebawah daripada leher, kain nampak tembus, pakaian singkat dan mempamerkan kebanggaan, status darjat dengan memakai barang-barang perhiasan yang mahal-mahal akan mengwujudkan asbab untuk ke neraka.
Lima sebab diberikan terhadap wanita yang berpakaian namun kelihatan telanjang:
1. Lantaran kaya, maka dia akan menggunakan hartanya untuk membeli dan memakai berbagai-bagai jenis pakaian yang berfesyen, tetapi dia akan terjauh daripada akhlak yang baik seumpama kesolehan dan taqwa, ketabahan, kesucian dan sifat pemalu.
Begitulah juga di samping lain-lain kebejatan akhlak seperti mengumpat dan menyebar fitnah, mereka akan dibangkitkan dengan keadaan telanjang di akhirat kerana mabuk dengan kekayaan dan kemewahan, dia juga akan terjauh daripada ibadat-ibadat yang besar seperti solat, puasa, zakat, haji dan tidak menyempurnakan tanggungjawab terhadap si miskin, janda dan anak yatim. Lantaran itulah dia akan berkeadaan telanjang di akhirat.

2. Betapa mulia dan benarnya mukjizat kenabian yang ada pada Nabi besar kita s.a.w. bahawa sudah 1,400 tahun dahulu (ketika buku ini ditulis), Baginda telah menyatakan bahawa akan datang satu zaman di mana wanita-wanita berpakaian namun nampak seperti telanjang. Kenyataan ini telah wujud sekarang ini. Pada hari ini dia tidak merasakan sedikit malu dan segan silu dengan memakai pakaian-pakaian yang nipis yang terbuat daripada voil, georgette, nylon, organdie dan sebagainya yang menampakkan semua bahagian badan.
Wanita-wanita yang diperintahkan untuk menutup aurat mereka, pada hari ini sibuk memperagakan dan memperlihatkan bentuk tubuh mereka serta berlumba-lumba di antara satu sama lain di dalam melakukan amalan terkutuk ini. Mereka dan ibubapa mereka tidakpun berasa malu dengan pembelian dan pemakaian seperti itu.
Sebahagian wanita memakai pakaian yang sendat sehingga menonjolkan bentuk punggung dan buah dada mereka sehingga ini menarik perhatian orang asing terhadap mereka dan mereka merasa bangga terhadapnya. Menurut syari’ah, pakaian yang demikian adalah haram kerana ia akan mejadi sebab untuk dosa yang lebih berat.
Pakaian-pakaian yang menjolok mata ini telah menjadi satu gaya pula di setiap ceruk rantau. Wanita-wanita Islam telah mula memakainya (seperti sari di India) dan lain-lain bahagian dunia, wanita Islam mula memakai jeans dan skirt. Inilah hasil daripada tayangan gambar (dan lain-lain media).
Juga terdapat jenis fesyen pakaian yang langsung tidak lagi menyembunyikan bahagian-bahagian badan yang menurut syari’ah mesti ditutup kepada pandangan orang ramai.
Dengan ini, sebagai hukuman terhadap ketidaktaatan ini, mereka akan dibangkitkan dalam keadaan telanjang pada Hari Kiamat.

3. Wanita itu telah menerima begitu banyak nikmat Allah, tetapi dia tidak berpuas hati dan bersyukur maka dia akan dibangkitkan dengan keadaan bertelanjang bogel.
4. Nampak sahaja si wanita itu berpakaian tetapi dia asyik samada memperlihatkan kecantikannya atau menarik perhatian orang lain kepadanya. Dia memakai gelang-gelang emas atau cincin lalu sentiasa sahaja menggerakkan dan menaikturunkan tangannya untuk memperlihatkan perhiasannya.
Untuk memperlihatkan subang atau rantai leher dia menggerak-gerakkan pula tudung kepalanya atau melilit dilehernya sahaja atau mendedahkan sebahagian atas dada. Hukuman untuk ini sama sahaja bahawa dia akan dibangkitkan dengan keadaan telanjang. Oleh itu tudung kepala hendaklah dipakai supaya telinga, leher dan dada sentiasa tertutup.

5. Terdapat firman Allah di dalam Al Quran yang bermaksud:
“Mereka itu (isteri) pakaian bagimu dan kamupun pakaian bagi mereka.”
(Al Baqarah: 187)
Seorang wanita yang mana suaminya seorang yang soleh, mulia dan sentiasa menahan dirinya daripada melakukan perkara-perkara yang terlarang namun dirinya sendiri (yakni si wanita itu) tidak bersama-sama melakukan amalan soleh dan menyembah Allah dengan betul, dia juga akan dibangunkan dengan keadaan bertelanjang bogel pada hari Kiamat.
Walaupun si wanita itu dikurniakan dengan suami seperti Rasulullah s.a.w. maka menjadi tugas dan tanggungjawabnya yang lebih besar untuk menyembah Allah dan menuruti segala perintah-Nya. Jikalau dia tidak melakukan ini, maka hendaklah dia ingat bahawa apa-apa hubungan keluarga atau pertalian darah tidak akan dapat menyelamatkannya pada Hari Kiamat.
(Umdatul Qari Syarah bagi Bukhari, Jilid 2, Ms. 174)

1,400 tahun dahulu, Rasulullah s.a.w. telah memberitahu akan kedatangan fitnah ini dan menyuruh kita menyelamatkan diri kita daripadanya. Inilah mukzijatnya.
Semoga Allah Ta’ala menyelamatkan generasi muda kita yang Islam daripada fitnah besar ini dan mengurniakan mereka Rahmat dan Hidayat untuk menuruti jejak yang telah ditunjukkan oleh Allah dan Rasul-Nya. Amin!
Betapa tingginya keghairahan yang ditunjukkan oleh Nabi s.a.w. daripada Tanah Arab ini terhadap dakwah agama Allah. Baginda menggerakkan para isterinya yang solehah di tengah-tengah larut malam juga memberikan mereka nasihat-nasihat dan suruhan yang amat berharga agar mereka menyelamatkan diri mereka daripada pembaziran, pakaian-pakaian singkat, tidak berpurdah (tidak menutupi aurat) dan juga pakaian-pakaian jarang yang tembus pandangan.
Juga baginda memberi amaran kepada mereka tentang balasan yang dahsyat yang sedang menunggu di Akhirat kerana memakai pakaian yang sedemikian.
Hukuman begini juga Nampak terbayang di dunia lagi. Beribu-ribu keluarga telah binasa dan porak-peranda akibat daripada memakai pakaian yang terdedah dan menampakkan bentuk tubuh badan. Keadaan hidup beragama dan juga kehidupan duniawi juga telah menurun. Wanita yang memakai pakaian begini membuka jalan dan merangsang masyarakat kearah perzinaan, perogolan dan pembunuhan. Di samping suasana masyarakat yang sudah tempang dan rosak, maka ada ulamak-ulamak yang dapat memahami perkara akar umbi daripada kemaksiatan ini adalah berpunca daripada wanita-wanita yang bertelanjang.
(NB: Anda tentu telah sedar mengenai pakaian-pakaian yang terdedah atas dan jarang yang menjadi fesyen sekarang dan juga pertunjukan-pertunjukan bogel serta tari-menari di Kaberat. Kes-kes wanita yang dirogol kerana berpakaian mini skirts telah berlaku banyak di Britain dan Negara-negara Barat (tidak terkecuali di Malaysia juga…penterjemah). Tetapi malangnya hakim telah menjatuhkan hukuman ringan terhadap perogol-perogol. Seorang pemberita berwibawa telah melaporkan dari U.S.A. mengenai fesyen yang paling terkini telah menyaksikan dengan mata kepalanya sendiri seorang wanita muda dalam lingkungan umur 18 tahun memakai baju T yang tertulis di belakangnya “Push, push behind the bush (yang bermaksud – tolak, tolak ke dalam belukar) dan seorang jejaka yang sasa badannya memakai pakaian yang sama dengan tulisan di belakangnya “satisfaction guaranteed” (kepuasan dijamin).
Kenaikan mendadak dan di luar jangkaan terhadap bilangan kanak-kanak yang dilahirkan secara haram di Latin Amerika di negara-negara seperti Chile, Brazil, Paraguay, British Guiana dan sebagainya (seperti mana laporan yang dikeluarkan oleh Demographic Annual yang diterbitkan oleh U.N. pada tahun 1962) dan juga jumlah ibu-ibu yang tidak bersuami di Amerika, Kanada, Britain dan lain-lain negara Eropah adalah satu bukti yang tidak dapat disangkal mengenai kemudharatan yang akan ditanggung apabila tidak menutup aurat dan kegiatan kebebasan wanita.
Apabila wanita-wanita tidak menutup aurat, maka mereka mulalah memakai pakaian yang dapat menarik pandangan mata yang merangsang jantina kaum lelaki. Namun begitu, kaum jejaka dan lelaki tidaklah boleh diringankan dakwaan terhadap mereka dan juga bersalah kerana menggalakkan keadaan…Quraishi)
Rasulullah s.a.w. pertama-tamanya menggerakkan ahli-ahli keluarganya tatkala memberi nasihat. Ini menjadi satu pengajaran kepada para ulamak besar, para pendakwah dan juga para imam masjid bahawa mereka hendaklah menyuruh isteri-isteri mereka, adik-adik perempuan mereka, anak-anak perempuan mereka dan lain-lain wanita di dalam keluarga mereka di samping membuat pembaikan di dalam masyarakat mereka.
Telah terbukti daripada hadis tersebut bahawa pada masa berlakunya fitnah ini, orang-orang lelaki hendaklah mengingatkan ahli keluarganya mendirikan solat. Dengan ini terselamatlah mereka daripada fitnah-fitnah. Terbukti juga menerusi hadis ini bahawa wanita-wanita adalah fitnah yang terbesar bagi kaum lelaki dan dengan sebab itu langkah menjauhinya adalah juga besar.
Wanita yang terpengaruh dengan arus fesyen dan juga fitnah-fitnah yang telah diberitahu sebelum ini bukan sahaja membinasakan dirinya malahan merosakkan dan memporak-perandakan keluarganya. Fitnah yang diperkatakan ini akan terus meningkat hari demi hari. Menurut hadis Rasulullah s.a.w. bahawa:
“Akan lahir sedemikian orang (daripada lelaki dan wanita) yang mengajak orang lain menuju ke neraka.”
(Bukhari, Jilid 2)
TV, pawagam, teater (yang terkini internet, akhbar, majalah-majalah, video telefon bimbit dan sebagainya – penterjemah) adalah menjadi sebagai perantara kearah perlakuan maksiat tersebut.
Bab 50, Meniti Debaran Zaman – Sheikhulhadis Mufti Ahmed Ebrahim Bemat.
Terjemahan: Abdul Aziz Bin Abdul Hamid
Assalamualaikum sye mintak izin untuk copy n paste dari riwayat tirmizi tentang wanita.syukran:)
ReplyDeleteMujahidah,
ReplyDeleteWslm, Insyaallah
Assalam,.. terima kasih,.. mmg umat manusia skrg ni lalai,.. sebab ada penciptaan baru, produk baru,.. mcm2,. ada plak yg salah faham konsep bersederhana... Islam sememangnya lebih mengawal, bukan itu xboleh ini tak boleh,.. walau apa pun, larangan Allah itu untuk kebaikan semata2 walaupun ianya bercanggah dengan hawa nafsu, terutama kepada kaum perempuan,.. sbb manusia secara semulajadinya dilahirkan fitrah menukai hiburan dan sesuatu yg meneyronokkan... - khusnul khatimah tu penting..-
ReplyDeleteWslm..betul3
DeleteSaya amat setuju dengan pendapat awak... cuma saya rasa...
ReplyDeletehal nie perlu di kaji dengan lebih mendalam...
My web blog; Butik Blouse Malaysia