ADA orang kata, tanpa politik sesuatu sistem tidak dapat diketengahkan untuk digunapakai dalam sesebuah negara. Dengan adanya politik, sistem sesebuah negara itu akan dapat dibentuk dengan kehendak orang yang berpolitik itu. Adakah begitu? Tanpa politik sesuatu sistem yang ingin diketengahkan tidak akan tercapai dan tidak akan terbentuk.
Untuk mewujudkan suasana sistem yang ingin si politik mahu perlu adanya politik iaitu proses yang ada nilai kepolitikannya. Apakah dia itu politik?
Politik adalah proses dan cara membuat keputusan untuk sesuatu kumpulan, ia biasanya digunakan untuk merujuk kepada kerajaan dan tingkah laku politik boleh juga merujuk kepada korporat, akademik, agama dan institusi lain.
Jika kita lihat politik ini lebih kepada penguasaan ke atas sesuatu yang lain agar tunduk ke atas cara-cara mereka dalam setiap sudut dan pandangan. Jadi, perlukah kita semua berpolitik untuk mewujudkan sebuah negara yang kita idamkan dan inginkan dengan memasukkan nilai-nilai yang baik agar orang akan dapat difungsikan dengan benar dan saksama.
Sekarang ini, serata dunia memperkatakan keunggulan politik merekalah yang terbaik, yang boleh untuk digunapakai dan bertamadun serta moden. Dan kita yang berada dibawah penguasaan orang politik, apakah yang perlu untuk kita tahu apa itu politik, bagaimana ia mencorak kita dan mengapa perlu ada politik? Tanpa politik kita tak boleh hidupkah? Tak amankah jika tak berpolitik? Tak wujudkah sebuah kerajaan jika tak berpolitik? Hanya dengan berpolitik sahajakah kerajaan akan wujud dan sesuatu sistem dapat diketengahkan? Dan juga amalan agama dapat ditegakkan hanya berkecimpung dalam politikkah?
Tapi biasanya berpolitik ini macam-macam perkara pelik yang berlaku dalam diri, dalam keluarga, dalam kampung, dalam masyarakat, dalam bandar, dalam negeri, dalam negara dan dalam dunia ini. Mungkin tanpa politik dunia ini akan aman dan damai.
n3 zaman dulu2
ReplyDeletehttp://ziarah76.blogspot.com/2009/04/akar-politik-eropah-kepada-dunia.html
ziarah76,
ReplyDeletetq.
politik vs amalan org Islam....
ReplyDeleteamalan org Islam...lantik pemimpin ???
APS,
ReplyDeletepolitik menyediakan diri untuk dilantik...berlainan dengan sistem Islam..