Agama dan usaha atas agama (Islam)...padi dan orang yang tanam padi...selipar dan orang yang buat selipar...lagu dan orang yang cipta lagu...anak dan orang yang membuat anak...
Adakah sama apa yang aku perbandingkan antara agama dan orang yang usaha atas agama ataupun orang buat dakwah...agama itu apa dan usaha atas agama itu apa? Adakah perbezaan yang nyata muncul di fikiran kita semua. Begitulah juga dengan padi dan orang yang tanam padi, selipar dan orang yang buat selipar, lagu dan orang yang cipta lagu dan anak dan orang yang buat anak.
Dua elemen yang berlainan tapi berkaitan antara satu sama lain, kita ambil contoh padi dan orang yang tanam padi. Padi merupakan makanan ruji kita semua, jika padi tiada, tak makan nasilah kita. Sebab nasi berasal dari padi dan kemudian menjadi beras dan beras itulah yang akan menjadi nasi bila dimasak nanti. Persoalanya, bagaimana padi terhasil? Adakah ia tumbuh sendiri tanpa ada orang yang menanamnya?
Jadi, padi perlu ditumbuhkan dulu, proses pertumbuhan padi perlukan seseorang untuk membesarkan ia, perlu ditanam, disemai, dijagai, dialiri dan dipindah ke batas yang lain bila dah cukup matang pokok padi tersebut sehinggalah ia membesar dan mengeluarkan padi-padi tadi. Nak jadikan ia sebutir padi perlukan usaha atas padi tersebut, tanpa usaha padi takkan wujud dan kita takkan merasai nasi.
Begitulah juga dengan perkara-perkara yang di atas, ia mempunyai proses yang sama untuk menghasilkan benda-benda itu.
Menunjukkan kepada kita bahawa, kewujudan sesuatu yang kita nampak, yang kita gunakan, yang kita rasakan dan yang kita amalkan perlu diusahakan dulu baru kita akan memperolehi sesuatu itu kelak. Jadi, proses ke arah untuk mewujudkan sesuatu amat penting dari sesuatu yang wujud itu sendiri, tanpa usaha atas sesuatu itu pasti sesuatu itu takkan wujud dan takkan nampak oleh kita.
Begitulah usaha agama yang perlu untuk kita jalankan agar agama tak akan mati dan pupus di muka alam ini. Jika tiada lagi orang yang amalkan agama di dunia pasti dan pasti dunia ini Allah akan kiamatkan. (suatu masa kelak Allah akan kiamatkan jua dunia ini)
Berbalik kepada usaha atas agama tadi, jadi kita perlu untuk mewujudkan amalan agama dalam kehidupan kita agar nilai-nilai kebaikan akan datang dalam diri kita. Caranya hanyalah dengan usaha atas agama (iman dan amal), maka terbentuk agama jika tidak, agama tidak wujud dalam diri kita semua, dalam keluarga, dalam masyarakat, dalam negara dan dalam alam semesta ini.
Kewujudan agama sebenarnya, mewujudkan nilai-nilai yang baik atau positif dan ketidakwujudan agama mewujudkan nilai-nilai yang tidak baik atau negatif. Nilai-nilai yang tak baik atau negatif sebenarnya tidak wujud, yang wujud hanyalah nilai-nilai yang baik dan positif.Apabila tiada usaha atas agama, maka wujudlah nilai-nilai yang tidak baik atau negatif itu.
Jelas menunjukkan, usaha atas agama ataupun dakwah merupakan suatu platform yang amat penting dalam menegakkan amalan agama itu, jika tidak kewujudan amalan agama tidak terjadi bila tiada orang yang usaha atas agama. Oleh itu, kita sebagai umat nabi s.a.w. perlu untuk membuat suatu kerja yang begitu tinggi dan mulia yang tiada tara bandingnya dengan kerja-kerja lain. Insya-Allah, marilah kita jadikan usaha atas agama atau dakwah sebagai maksud hidup kita.
No comments:
Post a Comment