Saturday, March 12, 2011

Sebab-Sebab Kurangnya Keberkatan Di Dalam Ilmu

  1. MAKANAN manusia bertambah-tambah meragukan. Wang yang masuk ke madrasah-madrasah adalah hasil pemberian yang bertambah daripada zakat, sedekah wajib dan juga wang-wang bunga.
  2. Kerana wang bunga adalah haram dan mempunyai kesan buruk daripadanya, maka kehilangannya tidak diambil peduli oleh pihak berwajib madrasah, mereka mulalah menggunakannya tanpa ragu-ragu dan tidak ada sedikit rasa terkilan.
  3. Tujuan dan maksud belajar dan mengajar ilmu agama telah lentur dan luntur di hati-hati pengajarnya.
  4. Pentadbir, muhtamim(mudir) dan juga ahli jawatankuasa madrasah menganggap dan melayani ulamak sebagai kakitangan dan orang gaji mereka. Kemuliaan dan kehormatan ulamak tidak dijagai dan mereka hanyalah sebagai orang suruhan sahaja.
  5. Pelajar dan juga ibubapa mereka menganggap ulamak itu juga sebagai orang suruhan mereka.
  6. Malahan mereka yang tidak layak menerima zakat memakan makanan yang disediakan melalui dana zakat dan sedekah ataupun penjaga-penjaga mereka membiarkan mereka memakannya.
  7. Kepimpinan imam hanya terbatas kepada solat sahaja. Kemudian jika mutawali madrasah itu menjalankan urusannya bertentangan dengan syariat dan dia ditegur oleh ulamak, maka pemegang amanah yang kaya dan bangga dengan harta kekayaannya itu akan memanggil ulamak tersebut untuk disoal siasat. Kata-kata penghormatan kepada ulamak hanyalah cakap-cakap mulut sahaja.
Di samping ini banyak lagi perkara-perkara maksiat dan mudharat yang membuktikan bahawa orang ramai dan orang-orang mewah tidak memerlukan ilmu, maka yang demikian itulah ilmu itu ditarik balik oleh Allah.


Bab 58, Meniti Debaran Zaman - Sheikhulhadis Mufti Ahmed Ebrahim Bemat
Terjemahan - Abdul Aziz Bin Abdul Hamid

4 comments:

  1. salam,
    masa sy duduk dlm muzakarah bersama pak kiyai khuzairon,
    mashaAllah,baru Allah buka hati sy utk fhm hakikat ilmu sebenarnya...

    kata2 pak kiyai
    apabila ilmu di tuntut utk dptkan sijil,maka sudah hilng keikhlasannya

    apabila ilmu dipisahkan dari masjid,maka hilang kekhusyukannya,

    apabila ilmu dipelajari bercampur laki n wanita,maka hilang rasa malunya...

    ReplyDelete
  2. Assalammualaikum, atas kerana umat meninggalkan usaha dakwah, maka kebrakahan ilmu ditarik balik, yakni biarpun diri penuh dengan segala kitab-kitab serta pengetahuan lainnya, namun tidak difahami. Semoga Allah melindungi kita.

    ReplyDelete
  3. w'salam zarch,
    pengorbanan atas iman memberi kebarakahan dalam ilmu

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...