Hujung minggu ini, masa aku banyak di bilik hotel,ingatkan nak habiskan kerja di bilik ni, tapi rasa malas juga bila dah lihat katil dan suasana yang tak mengajak ke arah nak berkerja.(pernah kawan beritahu, kalau bawa kerja pejabat balik rumah ataupun mana-manalah tempat selain dari tempat kerja, terutamanya di rumah cepat tua..orang yang tak bawa kerja pejabat balik rumah sentiasa muda, cuba periksalah wajah di cermin tu, masih muda atau makin muda). Tapi aku gagahkan juga nak buat kerja ni, sebab Isnin ni nanti nak buat kerja lain lagi, sambil kerja ni aku mainkan muzik heavy metal nak naikkan mood berkerja.(sepatutnya aku berzikirlah, ni dengar lagu macam ni)
Dahulu, masa nak buat kerja kena mainkan muzik barulah ada mood nak buat kerja, tapi sekarang bila aku cuba untuk datangkan suasana kerja aku mainkan muzik tak dapat pula. Fikir aku kacau dan tak dapat fokus atas kerja yang nak dibuat. Bila keadaan dan suasana yang tenang dan santai, suasana kerja akan datang dan banyak pula idea-idea yang tak terfikir masa di pejabat.(tapi cuba elakkan bawa kerja pejabat ke rumah, sebaiknya di rumah masa untuk keluarga, bagi yang berkeluarga dan yang masih belum berkeluarga buatlah perkara-perkara yang berfaedah untuk diri, orang sekeliling dan orang yang mengelilingi kita).
Selama aku berkerja(sepatutnya keperluan) dengan kerajaan, banyak masa kerja aku habiskan di waktu kerja dan selepas kerja dihabiskan untuk selain daripada tugasan pejabat. Kadang-kala masa di luar pejabatpun kena curi juga untuk tugas rasmi pejabat dan kadang-kala juga masa pejabat digunakan untuk tugasan tidak rasmi pejabat, berlakukah ini dalam kehidupan kita seharian? Maksudnya curi tulanglah, kalau nak pastikan perkara ini, cuba kita pergi ke restoren, di sekolah(waktu balik sekolah) dan tempat membeli belah, ada tak terjumpa orang-orang kerajaan?(biasanya orang yang kerja kerajaan mudah sikit nak keluar, ada kelonggaran dan yang bukan kerja dengan kerajaan payah sikit) Bagi yang ada tugasan yang di luar ataupun yang sememangnya kerja di luar tak hairanlah, tapi yang tak sememangnya berkerja di luar pun ada di luar juga. Perkara ini mungkin sudah jadi sebagai norma hidup kakitangan kerajaan, mungkin ada juga yang tidak sebegini...hanya segelintiran dikalangan kita(mungkin termasuklah aku sekali).
Cuba kita fikirkan, jikalah, setiap seorang kakitangan yang keluar di waktu pejabat buat begini hari-hari di waktu kerja, adakah ia akan menjejaskan produktiviti negara, ataupun pembaziran wang rakyat, ataupun berlakunya langgar ikrar setia, ataupun sebalik dari itu, memberi keuntungan kepada restoren/gerai-gerai/perniagaan ataupun yang jarang kita fikirkan, berkatkah rezeki aku ini?
No comments:
Post a Comment