Saturday, April 10, 2010

Perniagaan Sebagai Keperluan

    Aku dah seminggu lebih di Miri, Sarawak ini..."bandar minyak" gelaran bagi bandaraya kedua terbesar di Sarawak ini. Di Miri sekarang ini panas sikit, sebab cuaca yang sentiasa panas dan kurang hujan sejak-sejak akhir ini, ditambahkan lagi hampirnya dengan laut. Mungkin bagi orang Miri, ia perkara biasa dengan cuaca sebegini, bagi aku ni, yang jarang dan bukan orang tetap di sini, agak terasa bahang kepanasan yang menggigit kulit aku ni. Kalau nak dilihat persekitaran di "dalaman" dan "luaran" bandaraya Miri, ia seperti bandar-bandar lain di Malaysia yang tengah ataupun pesat membangun dengan pelbagai benda, pelbagai budaya, pelbagai fesyen, pelbagai aktiviti samada yang "nyaman" ataupun "sik nyaman" semuanya membiak dengan cepat dan bugarnya. Lebih lagi dengan kedatangan warga negara Brunei Darul Salam yang membeli belah dengan riang dan ria kerana  dek wang mereka yang nilai berganda dari wang kita ni. Jadi bersukaria lah mereka datang menabur wang di bumi Miri ini.

     Kalau diikutkan dari perspektif ekonomi, ia mendatangkan keuntungan yang tinggi kepada penduduk tempatan yang berniaga atas kehadiran warga Brunei ini, dan ia merancakkan lagi suasana ekonomi yang tengah galak bergerak ke arah yang "sedehana" , walaupun suasana ekonomi dunia sedang suram sekarang ini, namun di bandaraya Miri giat bergerak atau takpun bergerak secara perlahan bagi aktiviti perniagaan yang berskala kecil. Aktiviti perniagaan yang besar mungkin terasa dengan suasana ekonomi yang bergerak dengan lembab..jadi, kalau nak buat bisnes sekarang ni kena cari bisnes yang betul-betul menepati kehendak pelanggan.(ataupun kehendak orang Brunei) Apakah bisnes yang menepati kehendak pelanggan?

     Baru tadi aku nak masuk ke bilik, gunakan lif, terjumpa seorang perempuan muda yang seksi dengan senyum yang manis, dalam lif berdua, bila mata bertemu mata jatuh ke hati....lalu akupun tanya dari mana? jawabnya dari Indonesia, tapi sebenarnya aku dah agak dia ni tukang urut. Aku terus tanya berapa sekali urut, RM99.00 sejam, lumayan...nak bertanya lagi lif dah sampai ke tingkat tempat bilik aku menginap. Tak sempat lagi nak bertanya. Adakah bisnes ini memenuhi kehendak pelanggan?

    Sebenarnya aku baru berjumpa dengan teman sekelas aku tadi, aku panggil teman aku dengan H sahaja, yang dah lama aku tak jumpa hampir 15 tahun dan sekarang baru aku berjumpa...bila lama dah tak jumpa macam-macam lah cerita, pertama topik yang keluar tentang kawan-kawan yang lain, macamana mereka semua, apa yang tahu aku ceritakan, yang tak tahu tak pula aku ceritakan. sebenar H ini dah buka perniagaanya sendiri...tentang perniagaan...perniagaan tentang memberi perkhidmatan seperti pendaftaran, seperti nak buka kedai, dan ia lebih berkaitan dengan urusan perniagaan ...kecantikan(sememangnya perkara yang disukai oleh wanita) jadi H ini seorang wanitalah dan stokist bagi gel pelbagai guna untuk pelbagai masalah tentang sakit. Dan banyak cerita yang dibualkan antara aku  dan H... cuma aku hormat dengan kegigihan yang ada dalam dirinya..dah ada ciri-ciri seorang yang berjaya sebagai seorang yang ingin berniaga. Aku pula cuma nak berangan nak jadi usahawan sahaja tapi belum lagi sanggup menanggung risiko yang dihadapi bila nak berniaga. (kena baca buku berani gagal, baru ada keyakinan nak berniaga) sebelum berpisah tadi H bagi aku gel pelbagai guna (nak promosi dah, biasakan orang berniaga, H bagi free je, jadi aku ambil, boleh sapu kat perut tu nanti katanya). rupanya perut aku ni dah berisi dengan lemak yang tak berkualiti, ni yang kena buang ni.

     H, yang aku kenali dulu seorang yang lembut dan mudah senyum, tak sangka pula dah ada perniagaan sendiri..rupanya best juga jadi seorang usahawan ni tapi kena rajin cari pelanggan macamana nak produk kita dikenali dan diguna oleh orang ramai. Jadi kerja sebagai seorag usahawan ni tak kira masa, tempat dan keadaan...kena fikir macamana nak "lakukan" produk yang ada ni dan kena bersainglah dengan peniaga-peniaga yang lain..sebenarnya banyak lagi aku nak ceritakan tentang H ni tapi hanya yang dibenarkan sahaja, yang selain dari tu tak boleh lah. Jadi, ...aku tengok muka H senyum sahaja tapi dalam hati siapa tahu...cuma aku doakan semoga perniagaan yang dijalankan H berkekalan dan berkembang serta mengikut syariat...dan juga bayar zakat kena buat bagi memberkatkan lagi perniagaan.

     Dan, kesimpulannya...seorang wanita yang dieksploitasi oleh keadaan dan seorang wanita yang mengeksploitasi keadaan untuk mencari rezeki dan kehidupan ataupun boleh juga kita fikirkan macamana seorang wanita yang dieksploitasi oleh agama dan seorang wanita yang mengeksploitasi agama untuk mencari keredhaan Allah di dunia dan akhirat...sebenarnya agama tak perlukan kita ..kita yang perlukan agama untuk terus hidup di dunia dan akhirat..

2 comments:

  1. Asmkum berniaga kalau nak untung memanglah kita kena kaji dan tahu apa keperluan setempat dan semasa. ini dipanggil kajian keperluan, contoh peniaga butang baju kalau mana dia pergi pun dia akan lihat setiap orang dan akan fokus pada butang yg digunakan, maka ini akan menimbulkan idai yg baru untuk mencipta butang baru yg menarik dan laku di pasaran, maka dia akan mendapat keuntungan. Begitulah juga sekarang apakah keperluan untuk manusia sejagat sekarang seluruh dunia manusia telah tinggalkan agama dan usaha agama , jadi inilah perniagaan atau usaha yg tersangat perlu bagi setiap orang kena buat, tak kira lelaki, wanita, tua, muda semua orang kena libatkan diri, maka insyallah agama akan kemabali subur dan manusia akan datang pada agama

    ReplyDelete
  2. sememangnya itulah perniagaan yang selayaknya diceburi oleh kita semua..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...