Tuesday, March 30, 2010

Perkataan "Janji" dan "Amanah" Akan Tinggal Pada Namanya Sahaja. Hakikat Daripadanya Akan Luput Sama Sekali.

     Adalah diriwayatkan oleh Sahl Ibn Sa'ad r. 'anhu bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda : "Apa yang akan terjadi kepada kamu sekiranya manusia menjadi seperti orang kelakar? Mereka akan mungkir janji, amanah akan dikhianatinya dan di antara mereka akan berlaku perbalahan."
     Apabila Rasulullah s.a.w. mengancing tangannya para Sahabat r. 'anhun pun berkata : "Hanya Allah dan Rasul-Nya sahaja yang lebih mengetahui."
     Baginda pun menjawab : "Lakukanlah perbuatan-perbuatan yang baik dan benamkan yang buruk dan selamatkanlah dirimu daripada mengubah-ngubah agama Allah. Jaga-jagalah dirimu serta tinggalkan orang ramai dengan keadaan mereka."
(Tibrani)

     Di dalam hadis lain diriwayatkan oleh Thauban r. 'anhu bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda : "Apakah yang akan terjadi terhadap kamu jika berada di kalangan orang yang memungkiri janji mereka, yang melanggar sumpah dan amanah dikhianati?"
     Apabila Baginda mengancing tangannya, maka berkatalah para Sahabat r. 'anhum ; "Hanya Allah dan Rasul-Nya sahajalah yang lebih mengetahui."
     Baginda pun menjawab : "Bersabarlah kamu dan bersikap mesralah terhadap manusia dan tentangilah perbuatan buruk mereka."
     Telah diriwayatkan oleh Sa'id Ibn Mansur dan Huzaifah r. 'anhu bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda : "Tahukah kamu bahawa kebaikan dan perbuatan-perbuatan baik akan lenyap sehingga tidak ada lagi satu pun perkara baik yang tinggal?"
(Tibrani)


     Cubalah renung sejenak apakah sudah individu, kumpulan atau institusi yang diberikan tanggungjawab kepada mereka untuk menguruskan wang dan simpanan menjalankan tugas mereka dengan baik. Simpanan atau amanah seringkali dimaksudkan secara meluas sebagai perkara-perkara yang bersangkutan dengan kewangan, tetapi Rasulullah s.a.w. bersabda : "Seorang yang memberi dan menerima nasihat kedua-duanya adalah pemegang amanah."

     Jika seorang itu mengambil perkiraan ini ketika bercakap maka ini juga adalah sebagai amanah. Alasannya ialah bahawa apa-apa yang dipercakapkan itu adalah satu amanah dan tidaklah harus dia menceritakan itu kepada orang lain.

     Menyentuh tentang simpanan wang, kebanyakan orang ramai faham bahawa wang tersebut perlu dipulangkan kembali. Pembayaran yang sebenar bagi wang simpanan adalah dengan not-not ringgit yang sama, perlu dikembalikan kepada penyimpan. Apabila tertib ini tidak diikuti dengan teliti pada hari ini maka adalah dibuat telahan bahawa amanah dan simpanan akan tinggal nama sahaja. Tidakkah hakikat daripadanya akan terhapus?

     Begitulah juga dengan perkataan "janji" dan "jaminan" buat masa sekarang ini tidak membawa apa-apa erti lagi. Janji-janji dibuat untuk mengaut untung, untuk kerja dapat dijalankan, untuk memperolehi undian dan sebagainya. Selepas itu tidak ada siapa pun yang akan memperdulikan dengan janji-janji yang telah ditaburkan. Ketika membuat perjanjian, fikiran untuk menipu bermain-main di kepala. Orang yang berjanji tahu bahawa itu hanyalah sesuatu yang digunakan untuk meneruskan perniagaan.

     Setiap perkataan yang telah keluar daripada mulut Rasulullah s.a.w. telah dapat disaksikan pada hari ini. Tanggungjawab sumpah dan janji hanyalah tersimpan di dalam buku-buku sahaja, namun amalannya telah hapus sama sekali.

     Mungkir janji dan rasuah bertambah dari sehari ke sehari. Mengapa para pentadbir bagi tanah-tanah, amanah dan persatuan-persatuan yang diserahkan itu menyalahgunakan tanggungjawab yang telah diserahkan kepada mereka? Fikirlah perkara ini menerusi cahaya Hadis di atas.

    Apakah mereka mempunyai perasaan dan niat utnuk melaksanakan tugas memberi khidmat atau hanya bertindak sebagai pemegang-pemegang amanah untuk tujuan menunjuk-nunjuk dan hiasan luar sahaja lalu memekakkan telinga, membisu dan menutup mata terhadap perkara-perkara yang mendatangkan mudharat kepaad institusi tersebut. Sebenarnyalah mereka ini melakukan sesuatu kebinasaan kepada institusi tersebut. Dan mereka yang sama-sama bersekongkol dengan pemegang-pemegang amanah ini juga turut berdosa lantaran mungkir janji dan rasuah. Semoga Allah melindungi kita. Amin!

(Bersambung...)
[Meniti Debaran Zaman, Bab 43]

1 comment:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...