Monday, January 25, 2010

Meniti Debaran Zaman

BAB 30
UMAT INI AKAN MENURUTI JALAN YAHUDI DAN NASARA


     Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r. 'anhu bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda : "Pastinya kamu akan menurut jejak dan cara umat-umat yang terdahulu daripada buku jari tangan dan dari tangan ke tangan sehinggalah jikalau salah seorang daripada mereka masuk ke dalam lubang biawak maka sudah tentulah ada di antara umatku juga akan menurutinya." Para Sahabat r. 'anhu bertanya : "Umat yang mana? Orang-orang Yahudi dan Nasara?" Jawab baginda : "Siapa lagi?"
(Bukhari : Jilid 112, ms. 1088)


     Terdapat tambahan di dalam Hadis riwayat Hakim bahawa : "Jikalau mana-mana salah seorang daripada mereka melakukan persetubuhan dengan isterinya di lorong-lorong, kamu juga pasti akan menurutinya."


     Dikatakan di dalam Hadis yang lain bahawa : "Kamu akan mengambil adat resam orang-orang Yahudi dan Nasara tidak ubah seperti kasut dan sandal yang serupa dengan kasut dan sandal orang lain."
(Hadis)


     Silalah renung sedikit dengan keadaan yang ada pada umat dewasa ini. Sepertimana orang-orang Yahudi dan Nasara meninggalkan amalan Taurat dan Injil dan langsung tenggelam dalam perlakuan-perlakuan  syahwat, maka ada juga di antara umat Muhammadiah ini tidak kira mereka itu orang 'alim dalam agama, orang-orang Islam biasa, peniaga-peniaga, petani-petani, lelaki atau wanita akan juga menuruti dan mengamalkan cara dan kaedah Yahudi dan Nasara yang disifatkan oleh Rasulullah s.a.w. seumpama buku jari tangan dengan tangan yang sebenarnya tidak ada apa-apa perbezaanpun. Sepasang kasut atau sandal serupa daripada segi bentuk dan saiznya.


     Rasulullah s.a.w. telah memberitakan bahawa umat akan mengambil cara Yahudi dan Nasara sehingga memperolehi kehinaan dan kehilangan maruah diri. Jika orang-orang Yahudi bersetubuh dengan wanita-wanita di tepi-tepi jalan maka orang-orang yang tidak bermaruah dan tidak bermalu akan wujud juga di kalangan umat Muhammad ini.


(Bersambung...)
     

2 comments:

  1. Salam, satu amalan yang menjadi kebiasaan akan diterima oleh masyarakat sebagai sebahagian daripada amalan mereka. Walaupun amalan tersebut bertentangan dengan ajaran Islam. Media massa adalah salah satu cara menghalalkan amalan yang haram dan mengharamkan amalan yang dihalalkan. Sebagai contoh suatu ketika dahulu bapak-bapak kita melarang menonton adengan orang bercumbu dalam televisyen. Mungkin televisyen ditutup jika terdapat adengan tersebut. Sekarang pulu, adengan tersebut telah menjadi kebiasaan dan anak-anak kita menonton setiap hari di televisyen. Bagaimama pula generasi seterusnya? Kita dapat lihat penerimaan masyarakat dulu hingga sekarang dan apa akan berlaku masa akan datang. Adengan lelaki dan perempuan bukan mahram berpeluk terdapat dalam cerita melayu. Penerimaan masyarakat sekarang menunjukkan betapa menurunnya pegangan keislaman mereka. Dan cerita sebegini banyak ditayangkan setiap hari. Seolah-olah ia telah menjadi kebiasaan dan diterima oleh masyarakat keseluruhannya. Kesimpulannya ibubapalah yang membentuk anak-anak mereka. Sebanyak mana anak-anak disajikan dengan adengan2 bertentangan dengan Islam melalui media, sebanyak itulah kerosakan akhlaq anak-anak yang berlaku tanpa kita sedari. Dari mula menonton dan melihat, memberi kesan dalam hati akibat terlalu banyak menontonnya, sentiasa memikirkan dan mamahami, mula mencuba, mengamalkan dan menjadi kebiasaan ...

    ReplyDelete
  2. hasan : itulah gejala yang semakin serius skarang ni melanda umat Islam keseluruhannya...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...